Sanitasi Awam ‘Mensucikan’ Bandar

Setakat ini di bawah kawal selia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), sebanyak 8,874 operasi sanitasi awam dilakukan di 134 zon. Imbasan semasa operasi ini dimulakan beberapa bulan dulu, muncul kecaman yang mempertikaikan rasional ia dijalankan. Segelintir pihak menyindir Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan namun YBM Hajah Zuraida Kamaruddin tidak mempedulikannya. Namun di sebalik kecaman dan sindiran tersebut, beliau telah mendapatkan pandangan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memperkemaskan prosedur operasi sanitasi. Setelah masyarakat negara ini melalui pelbagai langkah ketat sepanjang PKP, ia telah mencetuskan suatu keadaan baru khususnya suasana kebersihan dalam bandar. Masyarakat… Read More

Malaysia dijangka catat sifar kes pertengahan Julai

Malaysia dijangka mampu mencatatkan sifar kes harian COVID-19 sekitar pertengahan bulan depan, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau yakin unjuran itu mampu dicapai sekiranya rakyat Malaysia kekal patuh dengan semua prosedur operasi standard (SOP) dan nasihat Kementerian Kesihatan (KKM), khususnya menjaga penjarakan sosial, kerap mencuci tangan, menjaga kebersihan dan memakai pelitup separuh muka. “Selepas dua minggu Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kita tidak mencatatkan peningkatan kes mendadak dan jumlah kes baharu masih terkawal, bererti kepatuhan rakyat sangat tinggi. “Jumlah kes baharu juga semakin berkurangan dengan beberapa kali mencatatkan… Read More

Menzahir Keperihatinan

Abu Hurairah r-a meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Kewajiban seorang muslim terhadap seorang muslim yang lainnya lima perkara iaitu: Menjawab salam, menziarahi orang sakit, mengiringi jenazah (ke tanah perkuburan), memenuhi jemputan dan mendoakan orang yangbersin.” (Riwayat al-Bukhari & Muslim) Ketika memenuhi urusan dan jadual kerja sebagai menteri, YBM Hajah Zuraida Kamaruddin sempat meluangkan masa menziarahi bekas majikan beliau, Puan Nurdias Zainal Abidin di Hospital UKM. Dalam ciapan twitter, YBM Hajah Zuraida turut menzahirkan takziah dan mendoakan kesihatan bekas majikan beliau.

Muhyiddin diiktiraf sebagai PM terhebat dunia kawal Covid-19

Malaysia diiktiraf sebagai antara lima negara terbaik di dunia dalam mengawal pandemik koronavirus (Covid-19) dan pengiktirafan yang terhormat diberikan kepada pemimpin tertinggi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, berdasarkan kajian yang dilakukan World Health Organisation (WHO), Tan Sri Muhyiddin mendapat ranking pertama sebagai pemimpin yang paling berjaya kawal Covid-19.  Ini menjadikan Malaysia salah satu negara contoh, iaitu penerimaan rakyat terhadap tindakan kerajaan dalam mengekang wabak berkenaan yang mendapat pengiktirafan dunia dalam satu tinjauan global. “Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berada dalam kedudukan antara lima… Read More