Varian terbaharu COVID-19 semakin mudah berjangkit

KAJIAN saintifik terbaharu telah menemui bukti kukuh terdapat varian terbaharu virus COVID-19 dan ia telah tersebar dari Eropah ke Amerika Syarikat. Mutasi baharu itu menjadikan virus berkenaan lebih mudah berjangkit tetapi tidak memberi kesan lebih teruk kepada mereka yang dijangkiti, kata pasukan penyelidik dari Institut Imunologi La Jolla dan Konsortium Imunoterapi Koronavirus, California.null”Sekarang, inilah bentuk dominan yang menjangkiti pesakit,” kata jurucakap mereka, Erica Ollmann, kepada CNN. Kajian itu diterbitkan dalam jurnal Cell, berdasarkan beberapa kajian yang sudah dibuat pada awal tahun ini.nullPasukan itu tidak hanya membuat kajian berkaitan urutan genetik, tetapi juga… Read More

Malaysia diiktiraf berjaya tangani Covid-19

Malaysia telah diiktiraf antara negara yang amat berjaya di dunia dalam mengawal dan menguruskan wabak Covid-19, kata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin. Berucap pada perjumpaannya bersama kira-kira 250 warga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya, hari ini, beliau berkata kejayaan tersebut adalah berkat usaha kesungguhan dan kerjasama semua pihak di peringkat kerajaan hingga masyarakat. “Kita bersyukur kerana Malaysia telah dapat melalui satu tempoh masa yang amat mencabar iaitu untuk menangani wabak Covid-19 yang telahpun melanda dunia dan Malaysia tidak terkecuali. “Kesemuanya ini kerana adanya usaha bersungguh-sungguh kita bersama-sama, baik di peringkat kerajaan mahupun rakyat… Read More

Sesudah 100 Hari Covid-19: Kesan Positif Sanitasi Awam

Sumbangan penting yang digerakkan oleh KPKT melalui Jabatan Bomba Malaysia dalam membantu usaha kerajaan menanggani wabak Covid-19 adalah melalui operasi sanitasi awam. Menurut YBM Hajah Zuraida Kamaruddin melalui program ‘Bual Bicara, TV1 RTM pada 30 Jun 2020 lalu, lebih daripada 12,000 operasi sanitasi seluruh negara, ini memberi keyakinan kepada rakyat bahawa tempat-tempat ini bersih dan tidak terjangkit dengan wabak Covid-19. PKP bermula pada 18 Mac 2020 dan berlangsung hampir tiga bulan lebih. Ia suatu keadaan baru buat rakyat Malaysia yang telah dikerah meningkatkan disiplin diri untuk bersama membantu kerajaan memutuskan rantaian jangkitan…. Read More

Tapak Baru Urus Sisa Pepejal, Tingkat Kualiti Pengurusan.

YBM Hajah Zuraida Kamaruddin hari ini telah hadir ke Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) bagi membincangkan hal-hal pembangunan. KPKT telah menyatakan hasrat bagi pembinaan tapak pengurusan sisa pepejal yang menggunakan konsep “Waste To Energy” di Bukit Payong dan Seelong di Johor. Selain itu, satu pembinaan “Waste Park” turut akan dilaksanakan berdekatan Tanjung Langsat dengan keluasan 700 ekar. Pembinaan tapak-tapak ini adalah bertujuan bagi meningkatkan kualiti pengurusan sisa pepejal. _PPI