Operasi Sanitasi berterusan di seluruh negara

Menteri Kanan, Dato Seri Ismail Sabri semalam telah memaklumkan sebanyak 21 operasi sanitasi dilaksanakan pada 11 Oktober 2020 yang meliputi dua Zon Merah, 10 Zon Kuning dan empat Zon Hijau di tujuh buah negeri iaitu: o Sarawak (7 operasi) o Terengganu (4 operasi) o Sabah (3 operasi) o Melaka (3 operasi) o Pulau Pinang (2 operasi) o Pahang (1 operasi)o Kedah (1 operasi) Menurut beliau lagi, Operasi Sanitasi ini melibatkan 197 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta 148 anggota pihak berkuasa tempatan (PBT) dan 4 dari agensi-agensi lain. Sejumlah 7… Read More

KKM hantar dua JTMP, sembilan juru X-ray ke Sabah – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 11 Okt — Kementerian Kesihatan (KKM) menghantar dua Juruteknologi Makmal Perubatan (JTMP) dan sembilan juru X-ray (Diagnostik) dari Semenanjung untuk ditugaskan di hospital di Sabah. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kesemua mereka telah dimobilisasi ke Sabah pada Jumaat lepas menaiki pesawat Charlie Tentera Udara Diraja Malaysia (penerbangan logistik & komunikasi TUDM). “Mereka merupakan petugas daripada beberapa institusi dan hospital KKM iaitu Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Hospital Sultanah Nora Ismail, Hospital Sultanah Aminah, Hospital Rehabilitasi Cheras, Hospital Putrajaya, Institut Kanser Negara, Hospital Kuala Lumpur dan Institut… Read More

Zuraida negatif Covid-19, tamatkan kuarantin 14 hari

11 Oktober, PUTRAJAYA: Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan YB Hajah Zuraida Kamaruddin telah disahkan negatif Covid-19. Gelang merah jambu yang dipakai sepanjang kuarantin 14 hari telah dipotong oleh pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Putrajaya. Hajah Zuraida telah menjalani kuarantin 14 hari di kediaman rasmi di Putrajaya dan melakukan tugasan menteri dari rumah sepanjang tempoh tersebut.

42 Operasi Sanitasi Dilaksanakan Semalam

9 Oktober 2020 (Jumaat): Pasukan Petugas Task Force Operasi Sanitasi Awam COVID-19 melaporkan sebanyak 42 operasi sanitasi meliputi 3 zon merah, 11 zon kuning dan 8 zon hijau telah dilaksanakan yang melibatkan 9 buah negeri iaitu Sabah (14 operasi), Terengganu (7 operasi), Pulau Pinang (5 operasi), Melaka (5 operasi), Pahang (4 operasi), Perak (3 operasi), Sarawak (2 operasi) serta Wilayah Persekutuan Putrajaya (1 operasi) dan Labuan (1 operasi). Secara keseluruhan, KPKT di bawah Taskforce Sanitasi Awam COVID-19 telah selesai menjalankan sebanyak 10,352 operasi sanitasi yang merangkumi 135 zon iaitu 10 zon merah,… Read More