COVID-19: Saringan berskala besar di ladang punca peningkatan kes di Sabah

KOTA KINABALU, 19 Jan — Peningkatan jumlah kes positif COVID-19 di Sabah hari ini adalah disebabkan saringan besar-besaran yang giat dijalankan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di ladang dan kilang terutama di kawasan pantai timur Sabah. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Seri Masidi Manjun, yang juga jurucakap rasmi COVID-19 di Sabah, berkata kes baharu yang dicatatkan hari ini adalah sebanyak 526 kes berbanding 432 kes yang dicatatkan semalam. “Sebanyak 73 kes adalah dari Ladang Baturong Kunak, Ladang GNG Kinabatangan (15 kes), Ladang Matamba Lahad Datu (20 kes) dan Ladang dan… Read More

Pengisytiharan darurat tidak berlawanan prinsip demokrasi negara

KUALA LUMPUR, 13 Jan — Pengisytiharan darurat yang dilakukan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, sama sekali tidak berlawanan dengan prinsip demokrasi negara, malahan perkara itu jelas termaktub di dalam Perkara 150 (1) Perlembagaan Persekutuan. Timbalan Menteri Luar Datuk Kamarudin Jaffar berkata, isi kandungan Perlembagaan itu jelas memperuntukkan, adalah menjadi satu keperluan untuk pengisytiharan darurat berkenaan dilakukan sekiranya aspek keselamatan, kehidupan ekonomi dan ketenteraman awam, terkesan ataupun terancam. Menurutnya, pengisytiharan darurat itu hanya bermatlamatkan satu perkara iaitu, membendung dan mengurangkan penularan wabak pandemik COVID-19. ‚ÄúPengisytiharan darurat ini juga akan memastikan kerajaan dapat… Read More

Ketahui tanda-tanda masalah buah pinggang

Pengurusan sisa pepejal negara perlu perubahan drastik

BACHOK, 31 Dis — Isu pengurusan sisa pepejal di Malaysia memerlukan perubahan drastik kerana ia dlihat masih belum menemui jalan penyelesaian meskipun pelbagai usaha telah diambil oleh kerajaan untuk menanganinya. Pensyarah Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi (FBKT), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Prof Madya Dr Wan Mohd Faizal Wan Ishak berkata ia boleh dilihat menerusi laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2019 Siri 1 yang mendedahkan isu ketidakpatuhan terhadap Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi pengoperasian tapak pelupusan dan Loji Rawatan Leachate (LTP). Beliau berkata pelupusan sisa pepejal di tapak pelupusan dan loji insinerator di bawah… Read More