Penderma darah wira negara – Muhyiddin

Penderma darah juga adalah wira negara kerana pengorbanan mereka menderma darah secara sukarela membantu menyelamatkan nyawa pesakit. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pengorbanan masa dan tenaga penderma darah, yang tampil secara sukarela saban hari juga dapat dilihat semasa negara berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bagi melawan COVID-19. “Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menganjurkan kempen derma darah. “Menerusi kempen-kempen ini, masyarakat berpeluang untuk menderma darah berdekatan dengan komuniti setempat dan ini lebih memudahkan mereka,” katanya. Beliau berkata demikian dalam video ucapan sempena Hari Penderma Darah… Read More

Tiada lagi sidang akhbar harian Covid-19

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan tiada lagi sidang akhbar harian berkenaan perkembangan koronavirus (Covid-19) mulai minggu depan. “Saya ucapkan terima kasih kepada yang hadir pada hari Sabtu ini (hari ini). “Kita tetap memberi maklumat terkini tetapi mungkin minggu depan kita akan ‘jarakan’ sidang akhbar dan saya ucapkan terima kasih kepada semua barisan hadapan (iaitu) media yang telah bekerja keras untuk bersama menjayakan bagi memutuskan jangkitan Covid-19 dalam negara kita,” katanya. Beliau berkata demikian sebelum mengakhiri sidang akhbar hari ini yang menjadi rutin harian sejak negara dilanda pandemik itu… Read More

Larangan merokok di premis makanan tidak dihentikan – Dr Noor Azmi

Kementerian Kesihatan tetap meneruskan penguatkuasaan terhadap larangan merokok di premis makanan dan menambah baik kempen itu bagi menjamin kesihatan serta kesejahteraan rakyat negara ini. Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata pandangan orang ramai yang menyatakan larangan itu tidak lagi dilaksanakan adalah tidak tepat, sebaliknya penguatkuasaan berkurangan kerana memberi tumpuan terhadap usaha menangani penularan COVID-19.  “Kempen tersebut masih diteruskan dan ia tidak dihentikan.  “Penguatkuasaan kurang kerana ketika ini, negara memberi fokus terhadap COVID-19 malahan kedai makan tidak dibuka (dan tidak boleh makan dalam premis) sejak tiga bulan lepas disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan,” katanya di… Read More

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) bersara

Hari ini merupakan hari terakhir Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr Rohaizat Yon bersama dalam sidang media KKM bagi mengumumkan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia. Beliau yang digelar ‘panglima perang KKM’ oleh rakyat Malaysia bersara wajib selepas 35 tahun bersama KKM. Dr Rohaizat memulakan kerjaya sebagai Pegawai Perubatan pada 1985 dan tiga tahun kemudian dilantik sebagai Pengarah Hospital Kluang 1988 hingga 1990. Beliau kemudian berpindah ke ibu pejabat KKM dan memegang beberapa jawatan dan dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Perubatan) pada 25 Mac 2019. Beliau bertanggungjawab bagi program perubatan di KKM… Read More