Vaksinasi : Empat hari berturut berjaya lebihi 400,000 dos sehari

KUALA LUMPUR, 16 JULAI : Malaysia kini antara negara dengan kadar vaksinasi terpantas di dunia, dengan lebih 400,000 dos suntikan vaksin Covid-19 diberi selama empat hari berturut-turut. Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) menyatakan semalam, sebanyak 460,158 dos suntikan telah diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK). Jumlah itu mengatasi pemberian vaksin pada hari sebelumnya (14 Julai) iaitu sebanyak 434,828 dos. Kenaikan ini menunjukkan perkembangan yang amat positif terhadap program vaksinasi negara. Secara keseluruhan, sebanyak 13,107,681 dos vaksin telah diberikan setakat ini di seluruh negara sejak PICK dijalankan pada 24… Read More

Individu lengkap vaksin dapat kelonggaran tertentu – PM

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi bayangan individu yang lengkap dua dos suntikan vaksin Covid-19 akan memperoleh ‘keistimewaan’ melalui beberapa kelonggaran tertentu yang boleh diberikan kepada mereka. Beliau berkata, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) diminta untuk mempertimbangkan pergerakan individu lengkap divaksinasi dengan memberi kelonggaran dari segi perjalanan, pergi ke kedai atau makan di restoran. “Ini untuk menunjukkan bahawa sementara kerajaan menguruskan Covid-19, kehidupan rakyat sedikit demi sedikit akan kembali semula seperti masa lepas. “Ini merupakan inisiatif kedepan dan tempoh jangka masa ikut Pelan Pemulihan Negara (PPN)… Read More

WHO ramal varian Delta akan dominan

GENEVA: Varian Delta yang setakat ini sudah dikenal pasti di 111 negara, wilayah atau kawasan, berkemungkinan menjadi strain dominan di seluruh dunia, menyebabkan peningkatan kes jangkitan dan kematian baharu, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO) pada Rabu, lapor Xinhua. Pada minggu lalu Afghanistan, Nigeria, dan Ecuador adalah antara 15 negara yang melaporkan kes pertama membabitkan varian yang lebih mudah merebak itu, kata WHO dalam satu kenyataan. Menurut kenyataan itu lagi strain Delta cenderung merebak ke lebih banyak negara dan kemungkinan akan menjadi varian COVID-19 yang dominan “dalam beberapa bulan akan datang.” Berdasarkan… Read More

Kerajaan Selangor silap, PBT sebenarnya ada kuasa tutup kilang

MARAN, 15 JULAI : Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negara ini mempunyai kuasa untuk menutup kilang yang didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin berkata, kuasa itu telah diturunkan Kerajaan Pusat kepada kerajaan negeri (PBT) sejak 29 Jun lalu. Beliau sekali gus menafikan dakwaan Exco Kerajaan Negeri Selangor bahawa PBT tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk mengarahkan penutupan kilang walaupun ia membawa risiko penularan wabak Covid-19. “Kalau kita mengambil contoh di Selangor dan mereka kata tidak ada kuasa untuk tutup… Read More