Sanitasi Awam terus dilaksanakan, komitmen kerajaan putuskan rantaian Covid-19

Kadar sembuh yang tinggi sekitar 65-66 peratus dilaporkan setiap hari membuktikan keberkesanan usaha dan gerakan oleh kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia dan agensi-agensi barisan hadapan menanggani wabak Covid-19. Keberkesanan usaha ini berkaitrapat dengan langkah pelaksanaan berterusan Operasi Sanitasi Awam. Secara keseluruhan, KPKT di bawah Taskforce Sanitasi Awam COVID-19 telah selesai menjalankan sebanyak 10,940 operasi sanitasi yang merangkumi 137 zon iaitu 30 zon merah, 56 zon kuning dan 51 zon hijau mengikut pengkelasan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kesemua zon merah telah dilaksanakan operasi sanitasi dan operasi… Read More

Bantuan Prihatin Nasional disalur, melegakan rakyat

Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 telah pun disalurkan terus ke akaun orang ramai yang layak bermula 22 Oktober lepas. Ketika gelombang ketiga Covid-19 melanda negara, bantuan kerajaan ini telah melegakan kebanyakan rakyat bagi meringankan bebanan kos akibat pelaksanaan PKP dan beberapa negeri melalui pelaksanaan PKPB yang telah menghadkan pergerakan rakyat bagi mengelakkan penularan wabak. Pemberian wang bantuan ini fasa pertama akan bermula 22 Oktober dan fasa kedua pula akan disalurkan pada awal tahun 2021. Bantuan Prihatin Nasional ini adalah lanjutan daripada bantuan yang pertama ketika pertengahan tahun ini semasa negara menghadapi Perintah… Read More

Kesatuan Bersama Rakyat Perangi COVID-19

Perikatan Nasional menjunjung tinggi titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah yang mengiktiraf kejayaan Kerajaan Persekutuan pimpinan YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam menangani wabak COVID-19 dengan baik dan berkesan. Perikatan Nasional juga menjunjung kasih di atas keyakinan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong terhadap pelaksanaan kebijakan dan tindakan penguatkuasaan oleh Kerajaan Persekutuan demi melindungi kesihatan rakyat, memelihara kebajikan dan menjamin keselamatan rakyat serta mencerdaskan ekonomi negara. Perikatan Nasional bertekad untuk terus bekerja kuat… Read More

PAS 100% sokong Muhyiddin, gesa Umno kekal pendirian

PETALING JAYA: PAS menyokong penuh kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin Yassin dan menggesa rakan sekutunya, Umno kekal dengan sokongan kepada perdana menteri. “PAS menegaskan sokongan semua 18 ahli Parlimen PAS bersama kerajaan PN yang prihatin serta bertindak memastikan keselamatan, ekonomi serta ketenteraman negara dan kehidupan rakyat terjamin. “Pada masa sama, PAS menyeru semua ahli Parlimen Barisan Nasional terus istiqamah mempertahankan kepimpinan perdana menteri dan kerajaan PN yang dibina bersama,” kata Setiausaha Agung PAS dalam kenyataan semalam. Kenyataan PAS itu menyusul keputusan Majlis Kerja Tertinggi Umno semalam untuk terus menyokong kerajaan pimpinan… Read More