Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) bersara

Hari ini merupakan hari terakhir Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr Rohaizat Yon bersama dalam sidang media KKM bagi mengumumkan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia. Beliau yang digelar ‘panglima perang KKM’ oleh rakyat Malaysia bersara wajib selepas 35 tahun bersama KKM. Dr Rohaizat memulakan kerjaya sebagai Pegawai Perubatan pada 1985 dan tiga tahun kemudian dilantik sebagai Pengarah Hospital Kluang 1988 hingga 1990. Beliau kemudian berpindah ke ibu pejabat KKM dan memegang beberapa jawatan dan dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Perubatan) pada 25 Mac 2019. Beliau bertanggungjawab bagi program perubatan di KKM… Read More