PUJIAN HALIMAH: ‘ACTION BEYOND POLITIC’

Oleh: Ahmad Roi “Bukan semua Menteri boleh buat macam Menteri KPKT kerana ada Menteri apabila usaha permulaannya diusahakan dan dilaksanakan oleh kerajaan terdahulu, kebanyakan Menteri akan batal atau tangguhkan”, puji Halimah Sadique kepada Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin. Ketika itu, Zuraida Kamaruddin yang merupakan ahli parlimen tiga tahun berturut-turut di Ampang baru diangkat sebagai Menteri di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) setelah kerajaan Barisan Nasional tumbang dalam PRU-14. Halimah turut ucapkan tahniah kepada Zuraida atas jiwa besarnya meneruskan kesinambungan usaha yang telah dimulakan oleh mantan Menteri KPKT, Noh Omar. Pujian Halimah… Read More

106 kilang diarah tutup

KUALA LUMPUR – Sebanyak 106 kilang diarah tutup kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 1 Jun lalu hingga Khamis. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, arahan penutupan itu dikeluarkan hasil pemerikaan dilakukan ke atas 486 kilang oleh pasukan Task Force Operasi Pematuhan. “Secara kumulatifnya, sebanyak 24,928 kilang dan premis perniagaan telah diperiksa sejak 14 Januari lalu melibatkan 22,819 premis perniagaan dan 2,109 kilang. “Sehingga kini, sebanyak 160 kilang dan 17 premis bukan kilang telah diarahkan tutup,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat. Menurutnya, operasi pemantauan… Read More

2,082 syarikat sudah daftar untuk vaksinasi PIKAS – Azmin Ali

Sebanyak 2,082 syarikat dengan jumlah pekerja seramai 301,050 orang telah berdaftar untuk vaksinasi di bawah Program Imunisasi Industri Covid-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) setakat Rabu. Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Mohamed Azmin Ali berkata daripada angka itu, sebanyak 255 syarikat membabitkan seramai 14,357 pekerja merupakan pemain industri di Johor. “Saya berharap program ini akan berjalan lancar dan ia dapat diselesaikan mengikut jadual. Saya mendapat jaminan daripada Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin dan Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba bahawa bekalan… Read More

Sabah sedia adakan sidang DUN jika keadaan mengizinkan – Ketua Menteri

Kerajaan Sabah sedia untuk mengadakan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada bila-bila masa sekiranya keadaan mengizinkan, kata Ketua Menteri, Hajiji Noor. Hajiji berkata beliau telah berbincang dengan Speaker DUN Sabah, Kadzim Yahya semalam susulan kenyataan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menzahirkan pandangan supaya persidangan Parlimen diadakan secepat mungkin. “Kerajaan negeri akan meminta nasihat daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) terlebih dahulu dan sedia untuk bersidang semula dengan mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya menerusi kenyataan di Kota Kinabalu, Sabah, hari ini. DUN Sabah kali terakhir… Read More