Tiada anggota MALBATT terbabit dalam letupan di Lubnan – ATM

KUALA LUMPUR, 5 Ogos — Angkatan Tentera Malaysia mengesahkan tiada anggotanya yang bertugas di Lubnan terbabit dalam insiden letupan di Beirut pada petang Selasa. Panglima ATM Jen Tan Sri Affendi Buang berkata setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan kecederaan membabitkan 216 anggota pasukan pengaman Batalion Malaysia 850-7 (MALBATT 850-7) yang menyertai Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (UNIFIL) di Lubnan.  “Buat masa ini tiada anggota yang terbabit,” katanya ringkas selepas majlis perasmian penyerahan al-Quran wakaf dan pelancaran  al-Quran corner di auditorium Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan di sini, hari ini.  Beliau berkata anggota dan… Read More

Perintah berkurung di ESSZone dilanjutkan hingga 18 Ogos

KOTA KINABALU, 2 Ogos — Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) yang berakhir pada 6 petang esok dilanjutkan selama dua minggu sehingga 18 Ogos, kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Zaini Jass. Beliau berkata, susulan pelanjutan itu, penduduk diminta berada di dalam rumah dan tidak dibenarkan memasuki kawasan perairan terbabit antara 6 petang sehingga 6 pagi sepanjang tempoh berkenaan. “Orang lain tidak dibenarkan memasuki atau berada di kawasan yang telah diisytiharkan antara 6 petang sehingga 6 pagi pada tarikh yang dinyatakan,” menurutnya dalam kenyataan di sini, hari ini…. Read More

The RTS project continued

30 July, Johor Bahru: Prime Ministers of Malaysia, Singapore signify agreement to continue Johor Bahru-Singapore Rapid Transit Service project via a symbolic gesture on the Johor Causeway. News & photo by BERNAMA

Komuniti | SEMANGAT MERDEKA BARU

Seakan menyerap semangat Wanita Besi Britain, Margaret Thetcher yang juga mantan Perdana Menteri UK, YBM Hajah Zuraida Kamaruddin melaungkan cogankata ‘Kerajaan Baru, Semangat Merdeka Baru’ sebagai pelonjak patriotik masyarakat. Semasa mula-mula Margaret menjadi PM UK pada tahun 1979, negara tersebut dihimpit masalah pengangguran yang tinggi akibat kemelesetan ekonomi dunia dan ketika itu juga gerakan pembebasan Ireland Utara, IRA dan Sein Fein menjadi ancaman keselamatan dalam negeri di Britain. Namun pada tahun 1981 telah berlaku Perang Falklands apabila junta Argentina telah menawan wilayah naungan British tersebut. Perang ini memberi makna besar kepada UK… Read More