Info PBT: Pihak berkuasa tempatan bandaraya di Malaysia

Tahukah anda setakat ini, terdapat 14 buah bandar raya di seluruh Malaysia iaitu; Dewan / Majlis Bandaraya Negeri 1) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan 2) Majlis Bandaraya Ipoh Perak 3) Dewan Bandaraya Kuching Utara Sarawak 4) Majlis Bandaraya Kuching Selatan Sarawak 5) Majlis Bandaraya Johor Bahru Johor 6) Dewan Bandaraya Kota Kinabalu Sabah 7) Majlis Bandaraya Miri Sarawak 8) Majlis Bandaraya Alor Setar Kedah 9) Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor 10) Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Selangor 11) Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Melaka 12) Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Terengganu 13) Majlis Bandaraya… Read More

Info PBT: Jumlah PBT seluruh Malaysia

Tahukah anda jumlah PBT adalah sebanyak 149 buah PBT (termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur), iaitu 12 buah Dewan/Majlis Bandaraya (DB / MB), 39 buah Majlis Perbandaran (MP) dan 98 buah Majlis Daerah  (MD). Terkini ialah Majlis Daerah Putatan dan Majlis Daerah Pitas, Sabah. Terdapat juga beberapa badan lain yang diberi kuasa oleh Kerajaan Negeri masing-masing untuk melaksanakan fungsi-fungsi PBT seperti: PBT Kulim Hi-Tech, Perbadanan Putrajaya dan sebagainya.

Rencana |Zuraida Kamaruddin konsisten martabat wanita.

Perjuangan YB Zuraida Kamaruddin dalam memperkasakan wanita tidak boleh disangkal lagi. Bermula sebagai aktivis, ahli politik, ahli parlimen dan kini sebagai menteri, beliau masih lagi teguh bersama usul perjuangan iaitu wanita di Malaysia harus diberikan pembelaan dan pemberdayaan sewajarnya. Semasa menggalas amanah Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat juga Ketua Wanita Pakatan Harapan sebelum ini, beliau telah secara konsisten memperjuang dan mempertahankan hak wanita di Negara ini dalam gelanggang Dewan Rakyat. Isu-isu wanita terpinggir seperti pembelaan nasib wanita dan gadis Penan merupakan legasi YB Zuraida Kamaruddin yang akan terus dikenang oleh rakyat Malaysia… Read More

PKPB dilaksanakan seluruh Semenanjung Malaysia kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan.

PKPB dilaksanakan diseluruh semenanjung Malaysia kecuali negeri Perlis, Pahang dan Kelantan. PKPB akan dilaksanakan bermula 9 November selama 4 minggu. Semua institut pendidikan akan ditutup di kawasan PKPB. Rentas daerah dan negeri tidak dibenarkan melainkan atas urusan kerja dan memerlukan permit kerja. Aktivit sosial dan budaya tidak dibenarkan. Aktiviti ekonomi masih dibenarkan. Operasi stesyen minyak 6 pg – 10 malam. Waktu operasi klinik 24 jam. Farmasi 8 pagi – 10 malam.