Ekonomi Malaysia di landasan pemulihan

KUALA LUMPUR – Ekonomi Malaysia kini berada di laluan pemulihan dan diunjur mencatatkan pertumbuhan lebih baik tahun ini, kata Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Beliau berkata, prospek ekonomi lebih positif itu didorong oleh peningkatan permintaan global, perbelanjaan sektor awam dan swasta lebih tinggi selain sokongan dasar yang berterusan. “Ini (prospek lebih cerah) juga akan ditunjukkan dalam pemulihan situasi pasaran tenaga buruh dan pengeluaran lebih tinggi dalam sektor pembuatan, khususnya elektrik dan elektronik, serta minyak dan gas,” katanya dalam ucaptama di webinar Sidang Kemuncak Ekonomi… Read More

Lawatan Azmin ke Hagia Sophia, Turkey Local Guides mohon maaf

SHAH ALAM – Turkey Local Guides memohon maaf atas hantaran di Facebooknya yang membawa Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengunjungi Hagia Sophia bersama keluarganya. Menurutnya, lawatan yang diadakan tersebut adalah lawatan rasmi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). “Saya memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia. Saya telah membuat kesilapan maklumat tentang pelanggan kami. “Ia merupakan lawatan rasmi daripada MITI. Lawatan ini merupakan sebahagian program yang diatur oleh kerajaan Turki. Kami bawa ke sana (Hagia Sophia) untuk menunaikan solat Asar,” katanya pada Isnin. Hantaran di Facebook itu sebelum… Read More

MITI tetapkan syarat pekerja kilang jalani ujian swab RTK

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menetapkan syarat kepada semua pekerja di sektor perkilangan dan pembuatan dengan mewajibkan setiap mereka menjalani ujian swab RTK dua kali dalam tempoh seminggu. Menterinya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, syarat itu yang bermula 7 Julai lalu sebagai syarat memperketatkan kebenaran pengoperasian di kawasan perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selangor. “Langkah ini dilihat mampu untuk mengenal pasti kes jangkitan Covid-19 dengan lebih awal, selain memastikan hanya pekerja yang disahkan negatif sahaja dibenarkan ke tempat kerja. “Majikan pula perlu memberikan kerjasama dan tanggungjawab… Read More

Ringgit dibuka kukuh berbanding dolar AS

RINGGIT dibuka kukuh berbanding dolar AS pagi ini, dirangsang oleh kenaikan harga minyak mentah di tengah-tengah peningkatan jumlah kes Covid-19 yang tinggi di Malaysia. Pada jam 9 pagi, unit tempatan naik sedikit sebanyak 45 mata asas untuk disebut harga pada 4.1850/1890 berbanding dolar AS daripada 4.1895/1940 penutupan urus niaga Jumaat minggu lepas. Ahli ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Adam Mohamed Rahim berkata, ringgit dijangka mendapat sokongan daripada pengukuhan minyak mentah Brent berikutan penyusutan stok simpan minyak mentah yang mendorong pendapat bahawa permintaan untuk komoditi itu kian meningkat terutama dengan bermulanya musim panas… Read More