Isytihar hari Jumaat hari tanpa rokok

Pihak kerajaan boleh memberi pertimbangan untuk menjadikan hari Jumaat sebagai hari bebas atau tanpa rokok sebagai salah satu usaha yang telah diambil bagi menghentikan masalah ketagihan orang ramai dalam negara kita khususnya dikalangan umat Islam terhadap rokok. Setiap hari dalam Islam mempunyai kelebihan dan keistimewaan masing – masing. Namun hari Jumaat dilihat oleh umat Islam sebagai sebagai “Penghulu Segala Hari” kerana banyak kejadian penting yang berlaku didalam hari berkenaan. Oleh yang demikian, sebagai menghormati keunikan yang ada pada hari Jumaat, pihak kerajaan boleh memberi pertimbangan supaya rokok tidak dihisap terutamanya dikalangan umat… Read More

Pejabat Al Jazeera di Kuala Lumpur didesak tutup

Veteran UMNO mendesak supaya kerajaan menutup pejabat agensi berita antarabangsa, Al Jazeera di Kuala Lumpur kerana terbukti laporan dokumentari yang disiarkan melalui slot 101 East adalah fitnah dan cuba memburukkan nama Malaysia. Setiausaha Agungnya, Datuk Mustapha Yaakub berkata, laporan bertajuk ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ yang mendakwa terdapat diskriminasi perkauman ketika negara ini mengendalikan pandemik koronavirus (Covid-19) membabitkan warga asing jelas menunjukkan bahawa Al Jazeera cuba menyelewengkan fakta sebenar dan berniat jahat. Menurutnya, laporan terbaharu agensi itu membuktikan bahawa kebenaran yang diberikan kerajaan kepada mereka untuk meletakkan wakil dan membuka pejabat mereka… Read More

Covid-19: Kluster Perhimpunan Sri Petaling tamat

Kluster Covid-19 terbesar di negara ini iaitu Kluster Perhimpunan Sri Petaling adalah diisytihar tamat hari ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes positif pertama kluster ini dilaporkan di dalam negara pada 11 Mac lalu selepas seminggu perhimpunan tabligh berakhir. “Kes tersebut adalah pesakit ke-131 dan kes ke-136 yang dikesan di Pahang dan Negeri Sembilan,” katanya. Sumber : Sinar Harian

Tok Pa Sahkan Ada Penjajaran Semula ECRL – Mustapa Mohamed

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed mengesahkan kerajaan ada membincangkan mengenai penjajaran semula untuk projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL). Menurut Mustapa, perbincangan itu ada dibuat kerajaan bagaimanapun tiada keputusan dibuat setakat ini. “Ada perbincangan dari pihak kerajaan dengan pihak yang terbabit. Ini masih dalam proses perbincangan yang diketuai oleh Menteri Pengangkutan dan kita serahkan kepada Kementerian Pengangkutan untuk tangani perkara ini. “Saya boleh sahkan ada perbincangan tapi keputusan lagi. Apa-apa keperluan oleh tanya kepada Kementerian Pengangkutan,” katanya kepada media selepas menghadiri Hari Banci Penduduk dan Perumahan… Read More