Masyarakat Cina mula tolak DAP

KUALA LUMPUR – Satu persatu sikap DAP ‘dibogelkan’ selepas berada di kedudukan selesa sebagai kerajaan dahulu. Ia bukan akibat khianat daripada pihak ketiga tetapi dilakukan oleh mereka sendiri seperti didedahkan Pengerusi Biro Media Baharu MCA Pusat, Lau Chin Kok.nullnull Menurutnya, belang DAP semakin diketahui rakyat pelbagai kaum akibat kerakusannya sepanjang menjadi kerajaan Pakatan Harapan (PH) dari Mei 2018 sehingga Februari lalu. Menurut beliau, rakyat semakin hilang kepercayaan kepada kerajaan PH kerana tindak-tanduk mereka tidak seperti sebuah kerajaan yang benar-benar hendak mempertahankan hak rakyat, tetapi lebih kepada kepentingan politik masing-masing. “Masing-masing mempunyai niat… Read More

4 tahun untuk sektor pelancongan negara pulih

Tempoh empat tahun diperlukan untuk memulihkan sektor pelancongan negara yang terjejas teruk ekoran penularan pandemik COVID-19 sejak awal tahun ini, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Perdana Menteri berkata, unjuran Majlis Tindakan Ekonomi sebelum ini meletakkan tempoh berkenaan, iaitu satu jangka masa yang panjang memungkinkan ramai peserta industri sedia ada tiada lagi menjelang tempoh itu. Beliau berkata, ia berikutan peserta industri pelancongan sedia ada mengalami kerugian akibat situasi ketika ini. “Antara sektor yang dikatakan paling teruk terjejas adalah pelancongan. Unjuran yang dibuat oleh Majlis Tindakan Ekonomi, dikatakan untuk sektor pelancongan ini pulih seperti… Read More

Sokongan rakyat terhadap PN semakin meningkat

Tidak dapat dinafikan bahawa peranan Sabah dan Sarawak dalam politik negara begitu penting sehingga menjadi penentu dalam pembentukan kerajaan Persekutuan. – BernamaRAKYAT menghadapi pelbagai fenomena yang menggugat ketenangan pemikiran mereka sejak awal tahun 2020. Antaranya paling besar pandemik COVID-19, usul tidak percaya terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam persidangan Dewan Rakyat yang dijadualkan bermula dari 13 Julai sehingga 27 Ogos dan Ahli Parlimen yang melompat parti. Pandemik COVID-19 yang memasuki era pemulihan dapat diselesaikan dengan jayanya oleh kebijaksanaan Muhyiddin. Sementara fenomena melompat parti oleh segelintir Ahli Parlimen dan Dewan… Read More

PN sedia buat pilihan raya bila-bila masa, kata Azmin

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah cukup kriteria untuk mengadakan pilihan raya mengejut pada bila-bila masa, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Azmin Ali. Azmin berkata ini kerana kerajaan telah berjaya menangani krisis kesihatan awam, politik dan ekonomi. PRU boleh diadakan pada tahun ini atau tahun depan, kata Azmin lagi ketika acara makan malam di Johor Bahru semalam, seperti dipetik Sin Chew Daily. Beliau berkata penting untuk semua parti bersedia dan bersatu untuk menghadapi pilihan raya tersebut.null Menurut Azmin, pentadbiran PH selama 22 bulan gagal menyelesaikan pelbagai isu yang… Read More