PM lancar Imunisasi Covid-19 Kebangsaan hari ini.

24 Februari, PUTRAJAYA: YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan melancarkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dan Pendaftaran Vaksinasi Menerusi MySejahtera pada hari ini jam 2.30 petang. Program ini adalah langkah utama kerajaan menanggani wabak Covid-19 skala besar yang bakal melibatkan beberapa fasa. Beliau juga akan menerima suntikan vaksin bersama-sama Ketua Pengarah Kesihatan, Noor Hisham Abdullah.

Projek Perumahan Rakyat (PPR) akan dijenama semula kepada Rumah Malaysia, Menteri KPKT.

19 Februari, JOHOR BAHRU: Projek Perumahan Rakyat (PPR) akan datang akan dijenamakan semula kepada Rumah Malaysia yang akan berukuran seluas 900 kaki persegi dan tidak boleh kurang dari itu bersama kemudahan yang lengkap, menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin. “Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Johor kerana telah memberi sokongan membiayai sewaan atau pembelian unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Perling, Johor untuk asnaf-asnaf.” kata beliau semasa program serahan kunci rumah PPR Taman Perling di sini pagi tadi. Menurut Datuk Zuraida lagi, polisi telah dibuat KPKT bagi… Read More

COVID-19: Negeri Sembilan, Sarawak catat kebolehjangkitan harian tertinggi semalam

KUALA LUMPUR, 18 Feb — Negeri Sembilan dan Sarawak mencatatkan kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 harian tertinggi negara, iaitu masing-masing pada 1.06 setakat semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Berdasarkan infografik yang dikongsikan menerusi akaun Twitter beliau, Pulau Pinang merekodkan Rt kedua tertinggi iaitu pada 0.99, diikuti Kelantan dan Melaka (0.96), manakala Selangor, Perak serta Kedah masing-masing mencatatkan Rt 0.93. Negeri-negeri lain pula merekodkan bacaan di bawah 0.90 iaitu Terengganu (0.89), Johor (0.87), Kuala Lumpur (0.81), Putrajaya dan Perlis (0.76), Pahang (0.73) dan Labuan yang mencatatkan Rt 0.51…. Read More

Persiapan akhir menjelang ketibaan bekalan vaksin Ahad ini berjalan lancar – KKM

KUALA LUMPUR, 18 Feb — Persiapan akhir bagi menerima bekalan pertama vaksin COVID-19 dari syarikat farmaseutikal Pfizer-BioNTech pada Ahad ini berjalan lancar, kata Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal) Datuk Dr Hishamshah Mohd Ibrahim. Beliau berkata persiapan rapi termasuk sesi latihan yang dilaksanakan sebelum ini, merangkumi proses penghantaran vaksin ke fasiliti penyimpanan dan ke negeri lain juga berjalan lancar, malah petugas kesihatan terlibat dalam prosedur suntikan turut diberikan latihan secukupnya. “Melalui dryrun (latihan) ini, kita dapat kenal pasti masalah yang dihadapi dan penyelesaiannya, maka pada hari ketibaan vaksin itu nanti,… Read More