KDN haramkan buku didakwa hina Jata Negara

PUTRAJAYA: Sebuah buku yang didakwa menghina dan mengubah suai Jata Negara yang diubahsuai, Rebirth: Reformasi, Resistance, and Hope in New Malaysia, sudah diharamkan Kementerian Dalam Negeri, berkuat kuasa semalam.http Menurut Warta Kerajaan bertajuk Perintah Mesin Cetak dan Penerbitan (Kawalan Hasil Penerbitan Tidak Diingini) 2020, ia membabitkan larangan secara mutlak terhadap buku berkenaan. Perintah bertarikh 1 Julai 2020 itu dibuat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, yang antara lain menamakan penyunting buku, Kean Wong dan penerbitnya, Strategic Information and Research Development Centre beralamat di Petaling Jaya. Turut dinamakan dalam Warta Kerajaan itu,… Read More

Kelas sekolah menengah, darjah 5 dan 6 bermula 15 Julai?

Kementerian Pendidikan bercadang memulakan kelas semua tingkatan sekolah menengah serta darjah lima dan enam sekolah rendah pada 15 Julai ini. Sinchew Daily melaporkan, kelas untuk darjah satu hingga darjah empat sekolah rendah pula dijangka disambung semula seminggu atau dua minggu selepas kelas darjah lima dan enam dimulakan. Sumber berkata, rancangan pembukaan semula sekolah itu akan diumumkan dalam masa terdekat jika tidak berlaku perubahan yang mengejut. Menurut sumber, pihak sekolah dan para pelajar perlu mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan untuk memastikan penjarakan sosial di sekolah. Mengenai jumlah murid dalam kelas, sumber berkata,… Read More

Agong minta rakyat patuhi SOP, amal kawalan kendiri

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini meminta rakyat supaya mematuhi garis panduan yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan bagi mengekang penularan wabak COVID-19. Al-Sultan Abdullah bertitah, rakyat juga perlu berdisiplin dengan amalan kebiasaan baharu dan melakukan kawalan kendiri. Gesaan baginda itu dimaklumkan dalam satu kenyataan di Facebook Istana Negara, susulan pembukaan lebih banyak sektor sosial dan prasekolah, tabika dan tadika kerajaan serta swasta, yang dibenarkan beroperasi bermula hari ini. Sementara itu, Al-Sultan Abdullah hari ini turut berkenan menerima menghadap Perdana Menteri ,Tan Sri Muhyiddin… Read More

YAB Perdana Menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong

1 Julai 2020 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan menerima menghadap YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mesyuarat Pra-Kabinet di Istana Melawati, Putrajaya hari ini. Sesi hari ini berlangsung selama satu jam bermula jam 8.00 pagi. Sesi Mesyuarat Pra-Kabinet hari ini kembali diadakan di Istana Melawati, Putrajaya berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada 18 Mac lalu. Mesyuarat Pra-Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Al-Sultan Abdullah untuk berbincang dan… Read More