Amaran Ribut Petir Dijangka Melanda Hampir Seluruh Semenanjung Malaysia Hingga 6 Petang

Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir melalui laman rasmi Twitter mereka. Melalui imej yang dimuatnaik, hampir seluruh Semenanjung Malaysia dijangka berlaku ribut petir sehingga jam 6 petang ini. Antara kawasan yang terjejas di adalah seluruh kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor dan sebahagian besar kawasan di negeri-negeri lain termasuk di beberapa kawasan di Sabah. Pengguna jalan raya diminta berhati-hati ketika memandu dan pastikan keadaan tayar anda berada dalam keadaan yang baik susulan jangkaan kenaikkan peratusan kenderaan yang menggunakan lebuh raya utama negara untuk pulang ke kampung selepas kerajaan tidak… Read More

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) bersara

Hari ini merupakan hari terakhir Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr Rohaizat Yon bersama dalam sidang media KKM bagi mengumumkan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia. Beliau yang digelar ‘panglima perang KKM’ oleh rakyat Malaysia bersara wajib selepas 35 tahun bersama KKM. Dr Rohaizat memulakan kerjaya sebagai Pegawai Perubatan pada 1985 dan tiga tahun kemudian dilantik sebagai Pengarah Hospital Kluang 1988 hingga 1990. Beliau kemudian berpindah ke ibu pejabat KKM dan memegang beberapa jawatan dan dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Perubatan) pada 25 Mac 2019. Beliau bertanggungjawab bagi program perubatan di KKM… Read More

Pemimpin yang berperwatakan tenang

Dalam krisis global yang datang mengejut, krisis politik yang kelam kabut, seorang raja tenang melayan ragam politikus negara, tegas membuat keputusan membentuk ‘kerajaan beta’. Seorang perdana menteri yang muncul dalam waktu seluruh dunia perlu berkurung, dan keadaan ekonomi merundum, tanpa menyalahkan sesiapa, mengherdik sesiapa, menyindir sesiapa, beliau tenang menjalankan tugas, memberi semangat dan harapan kepada rakyat. Seorang ketua pasukan yg cekap mengendali masalah. Dengan tenang, menggalas tanggungjawab ketika negara runtuh struktur pimpinan atasan, tanpa sebarang rungutan. Beliau berani menghadapi dan memimpin pasukan untuk sentiasa kuat di lapangan, berada betul di atas landasan…. Read More