Aminuddin kekal Pengerusi PKR NS

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun kekal sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat (PKR). Perkara itu disahkan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar lbrahim, selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri PKR di kediaman rasmi Menteri Besar pada Khamis. Anwar berkata, dalam mesyuarat tersebut semua ketua cabang bersetuju untuk kekalkan Aminuddin sebagai Pengerusi PKR Negeri atas semangat perjuangan parti dan memperkukuhkan jentera untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. “Alhamdulillah, kedudukan Aminuddin sebagai Menteri Besar tidak dibangkitkan, malah mendapat sokongan padu daripada semua pihak, cuma terdapat… Read More
Peralihan Fasa 2 di Lembah Klang beri impak besar sektor pelancongan

Shah Alam: Peralihan Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) di Lembah Klang akan memberi impak besar kepada sektor pelancongan. Presiden Persatuan Pengembaraan Dan Agensi Pelancongan Selangor (Saftta), Dr Fathir Badri berkata, pihaknya menyambut baik keputusan kerajaan memberi kebenaran kepada kawasan Lembah Klang untuk beralih ke Fasa 2 PPN. Katanya, ia pastinya memberikan impak yang besar kepada sektor pelancongan terutamanya pemilik hotel dan inap desa yang dapat kembali beroperasi. “Peralihan ini juga dapat merancakkan kembali sektor pelancongan yang ketika ini sangat lesu. “Kami percaya, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Sri Nancy Shukri… Read More
Harga ayam naik: KPDNHEP Melaka keluar empat notis

MELAKA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka akan mengeluarkan empat notis kepada tiga pengilang dan satu pengimport bagi mendapatkan penjelasan berhubung kenaikan harga ayam mentah. Pengarahnya, Norena Jaafar berkata, Notis Pengesahan Maklumat Barangan atau Perkhidmatan serta Notis Bertulis Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Pencatutan 2011 akan dikeluarkan pada minggu ini berikutan rungutan pengguna berhubung harga ayam mentah meningkat di beberapa tempat. Beliau berkata, pihak berkenaan perlu mengemukakan dokumen kos pengoperasian jualan ayam dalam tempoh tiga tahun selain menggerakkan operasi rantaian jualan ayam di 13 lokasi membabitkan… Read More
Krisis Aminuddin-PKR N.Sembilan: ‘Kami serah pada Anwar selesaikan,’ kata ADUN

PETALING JAYA: ADUN Ampangan, Rafie Abdul Malek yang dikaitkan dengan kenyataan hilang kepercayaan terhadap Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Negeri Sembilan Aminuddin Harun, mengakui berlaku krisis dalaman kepimpinan parti negeri itu dan menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan Anwar lbrahim selaku presiden parti untuk menamatkan kemelut berkenaan. “Kita serah pada presiden yang menilai, saya tahu presiden akur dan faham masalah yang ada, dan presiden akan buat keputusan. Saya terima hakikat memang ada masalah tetapi bagaimana nak selesaikan masalah yang berbangkit. “Saya yakin bila ada pemimpin (Anwar) yang dipusatkan, isu ini dapat diselesaikan dengan baik… Read More