Teori Kamal Hatta: Langkah Meridien-Anwar sabotaj Warisan, gerak tersirat bunuh politik Shafie

Aku menulis ketika ini dari Tawau. Nak tengok sendiri depan mata tahap sokongan rakyat terbanyak kepada Shafie Afdal dan Perikatan Nasional. Jangan kau orang fikir Anwar saja-saja buat langkah bodoh untuk umum ada majoriti ahli-ahli parlimen. Mesti ada sebab. Ketika banyak pihak ‘membaca’ bahawa tindakan Anwar Ibrahim membuat pengumuman bahawa beliau sudah mempunyai sokongan majoriti ahli-ahli parlimen dan mendakwa kerajaan Perikatan Nasional sudah tumbang, sebagai ‘divert’ isu Mohamadin Ketapi sebenarnya ia adalah ‘langkah tersirat politik’ mahu memastikan Warisan gagal mencapai kemenangan PRN Sabah. Anwar ada keegoan tersendiri dan keangkuhan politik beliau tidak… Read More

Berita Ringkas | GPS kekal bersama PN, Anwar cuba pengaruhi pengundi Sabah

GPS sebentar tadi menafikan dakwaan Anwar yang mereka akan menjalinkan kerjasama dengan Pakatan Harapan. Ia adalah perang saraf yang cuba dimainkan oleh Anwar dalam mempengaruhi pengundi di Sabah agar tidak memberi undi kepada gabungan parti kerajaan Persekutuan.

Rencana | PRN Sabah: Isu keselamatan dalam negeri, Perikatan Nasional wajib jadi pilihan pengundi

Peningkatan mendadak kes positif Covid-19 di Sabah khusus di Daerah Tawau menjelang PRN Sabah bukan sesuatu yang sengaja ‘dirancang’ tetapi cetusan wabak ini secara tiba-tiba berpunca daripada pendatang tanpa izin (PATI) yang ditahan dalam operasi pihak Imigresen dan PDRM seminggu sebelum penamaan calon PRN Sabah. Isu Covid-19 adalah hal keselamatan dalam negeri dan tanggungjawab ini adalah peranan kerajaan Persekutuan untuk mengurus serta menanggani wabak. Malaysia adalah antara lima negara paling berjaya dalam kawalan dan menanggani wabak Covid-19 yang mendapat pengiktirafan WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia, agensi PBB). Malaysia bukan setakat mempunyai sistem cekap… Read More

Berita Ringkas | PRN Sabah: Undi Awal, 76 peratus keluar mengundi

Statistik Keluar Mengundi Awal Bagi Pilihan Raya Umum (PRU) DUN Sabah ke-16 pada jam 5.00 petang yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya adalah 76 peratus daripada 16,877 pengundi awal berdaftar. Sumber: SPR