Projek Perumahan Rakyat Seduan Sibu Dilengkapi Ciri Mesra OKU

17 September, SIBU: Genap 57 tahun Sarawak menjadi keluarga Persekutuan Malaysia, namun kerajaan tetap melaksanakan tanggungjawab membangunkan kemudahan rakyat negeri Bumi Kenyalang. Projek Perumahan Rakyat Seduan di Sibu ini telah dijalankan sejak Oktober 2019 dan dijangka akan siap pada tahun 2023. Projek ini terbahagi kepada dua jenis perumahan iaitu perumahan setingkat dan rumah OKU. Sejumlah 461 unit rumah dengan setiap satu berkeluasan 700 kaki persegi. Keistimewaan perumahan rakyat ini ianya juga dilengkapi dengan surau, tadika, taman permainan dan tapak rekreasi. Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan YBM Hajah Zuraida Kamaruddin membuat lawatan julung… Read More

Bomba Sukarela & Pasar Sabak Bernam Terima Limpahan Kesejahteraan Rakyat

Lawatan kerja Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan ke Daerah Sabak Bernam telah memberi kesan positif buat masyarakat setempat. YBM Hajah Zuraida telah menyumbangkan RM5,000 kepada Bomba Sukarela Sabak Bernam. Pasukan bomba sukarela ini telah berkhidmat sejak 1995 di Sabak Bernam. Turut menerima ‘limpahan kesejahteraan rakyat’ melalui lawatan kerja Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan ini adalah Pasar Sabak Bernam apabila sejumlah peruntukan naik taraf RM1 juta telah diumumkan oleh YBM Hajah Zuraida. Peruntukan naik taraf tersebut akan diuruskan oleh Majlis Perbandaran Sabak Bernam.

PRN Sabah: Anifah Aman hadapi empat penjuru di Bongawan

KOTA KINABALU, 12 Sept — Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) Datuk Seri Anifah Aman berdepan pertandingan empat penjuru bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bongawan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. Bekas menteri luar itu dicabar penyandang kerusi DUN Bongawan Dr Daud Yusof dari Parti Warisan Sabah (Warisan) selain Ag Syairin dari Barisan Nasional (BN) dan Mohd Azree Abd Ghani dari Parti Liberal Demokratik (LDP). #PRNSabahBernama#SabahMengundi#SabahMemilih#SabahElection2020#SabahMongundi https://www.bernama.com/bm/politik/news.php?id=1879034

PRN Sabah: Shafie Afdal dicabar tiga calon lain di Dun Senallang.

#PRNSABAH : Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang mempertahan kerusi Dewan Undangan Negeri Senallang pada Pilihan Raya Negeri Sabah kali ini berdepan empat lawan, termasuk anak buahnya sendiri. Ini berbeza sama sekali dengan situasi semasa Pilihan Raya Umum ke-14 yang menyaksikan pertembungan satu lawan satu bagi merebut kerusi DUN berkenaan antara Mohd Shafie dengan sepupunya Datuk Seri Nasir Tun Sakaran, calon Barisan Nasional. Calon bertanding dari Perikatan Nasional (PN) Norazman Utoh Nain, yang juga anak buahnya, serta D Pg Ahmad Datu Ali Alam (Parti Perpaduan Rakyat Sabah)  Mohammad Ramzan Abdul Wahab (USNO) dan Madjalis Lais… Read More