25 unit bas dilancarkan sebagai pusat pemberian vaksin bergerak

KLUANG, 10 JULAI : Sebanyak 25 unit bas akan digunakan sebagai Unit Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bergerak bagi memantapkan lagi pelaksanaan Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK). Pelancaran Unit PPV Bergerak tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin dan Menteri Perpaduan Negara, YB Datuk Wira Halimah Mohamed Saddique di PPV Dataran Tasik Kluang, Johor petang tadi. Zuraida menjelaskan, kesemua bas itu akan dijadikan tempat memberi suntikan vaksin kepada pelbagai golongan di seluruh negara. “Pemberian ini akan difokuskan kepada mereka yang mempunyai kekangan untuk pergi ke PPV… Read More
Pengerusi PKN Jempol buka Gerobok Makanan, bantu masyarakat setempat

9 Julai 2021, SERTING: Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 1 Julai lalu telah menyebabkan sebahagian masyarakat yang bekerja dalam sektor bukan keperluan (essential) terputus sumber pendapatan. Situasi wabak Covid-19 di Negeri Sembilan sebulan yang lalu kritikal apabila beberapa daerah iaitu Jelebu, Jempol, Kuala Pilah dan Port Dickson berlaku peningkatan kes positif mendadak sehingga beberapa lokaliti terpaksa dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Keperihatinan seorang peneroka Felda, Haji Karip Salleh telah mengusahakan dan membuka Gerobok Makanan di kediaman beliau di Felda Serting Hilir, Jempol yang menyediakan barang-barang keperluan asas seperti telur, beras,… Read More
PKN Negeri Sembilan lancar program Kongsi Rezeki

9 Julai 2021, SEREMBAN: NGO Penggerak Komuniti Negara (PKN) Negeri Sembilan telah melancarkan ‘Program Kongsi Rezeki’ sebagai inisiatif membantu masyarakat yang memerlukan khusus semasa PKP. Menurut Pengerusinya, Haji Mohd Nazree Yunus program ini merupakan program agihan sumbangan kepada masyarakat melalui kaedah infaq atau derma. Kata beliau lagi, PKN Negeri Sembilan juga menerima sumbangan dalam bentuk barangan daripada rakyat prihatin yang ingin bersama-sama NGO ini dalam membantu masyarakat. “Kaedah Infaq atau Derma telah menjayakan program ini. Suatu kesedaran komuniti yang harus dibina dalam diri masyarakat,” “Kita harus bersama-sama membawa masyarakat menang dalam usaha… Read More
Siapa Ronnie Liu persoal pangkat, tugas polis – CUEPACS

KUALA LUMPUR – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berasa kesal dengan tindakan biadab oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek, Ronie Liu yang melakukan provokasi dan menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas dalam satu kejadian di Raub, Pahang Isnin lalu. Lebih memalukan tindakan tersebut dilakukan oleh seorang individu yang sepatutnya menjadi contoh tauladan baik kepada masyarakat. Presiden CUEPACS, Adnan Mat menyifatkan tindakan Ronnie itu hanya mencerminkan jati dirinya yang jelas melanggar prinsip kedaulatan undang-undang serta kesopanan dan kesusilaan yang terkandung dalam Rukun Negara. Sekiranya tindakan beliau itu dilakukan hanya… Read More