Babi hutan bahayakan keselamatan penduduk

Kerajaan negeri akan menggandakan usaha membanteras babi hutan yang jumlahnya dikatakan semakin bertambah sehingga mengancam keselamatan penduduk. EXCO Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Melaka, Datuk Norhizam Hassan Baktee, berkata langkah itu susulan seorang pekerja kilang di Alor Gajah, Melaka, yang meninggal dunia selepas motosikal ditungganginya merempuh seekor babi hutan, di Kampung Brisu, pagi kelmarin. Beliau berkata, pihaknya menerusi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) negeri, akan meningkatkan pemantauan dan operasi bagi membanteras haiwan berkenaan. Katanya, setiap laporan serta aduan daripada orang ramai, akan diteliti dan diambil tindakan segera, menerusi… Read More

Keluar UPKO: ‘Kami mulakan gendang dipalu, ramai akan ikut’ – ADUN Sugut

‘Lebih ramai akan bertindak keluar daripada parti pemerintah kerajaan negeri dalam tempoh terdekat ini.’ Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sugut, Datuk James Ratib berkata, pihaknya menjangkakan lebih ramai akan keluar mengikut jejak langkahnya dalam tempoh sehari dua ini. Sebelum itu tengah hari tadi bertempat di Jalan Lintas, Penampang, James bersama rakannya, Datuk Limus Juri (ADUN Kuala Penyu) dari parti UPKO mengumumkan keluar parti dan seterusnya menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN). “Saya yakin dalam masa satu atau dua tiga hari ini, akan lebih ramai akan menyusul. “Kami bersama YB Limus, daripada parti UPKO… Read More

Amirudin Umpama Orang Gila Menyanyi Dalam Telanjang

Ketika ini Amirudin Shari kelihatan ‘gagah’ kerana beliau berkeyakinan kuat mempunyai sokongan padu semua 41 adun PH dan sekutu termasuk dokongan Presiden PKR, Anwar Ibrahim. Namun jangan lupa, Amirudin naik atas hasil usaha Azmin Ali. Bukan kerana dia ada karisma tersendiri. Pemilihan parti di Gombak pun Azmin tak bertanding mempertahankan jawatan ketua cabang, laluan diberikan kepada Amirudin untuk memimpin Cabang Gombak. Begitu tinggi kepercayaan Azmin terhadap Amirudin. Amirudin bukan seperti Azmin. Dia mahu membina kelainan di Selangor. Dia nak padam legasi Azmin. Atas sebab itu ada inisiatif-insiatif IPR dilupus dan distruktur semula…. Read More

Amirudin Restu Anwar MB Selangor Baru

Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Kenyataan gopoh lewat malam Dato’ Menteri Besar Selangor agar YB Dr Daroyah Alwi, Ahli Dewan Negeri (ADN) Selangor meletakkan jawatan sebagai ADN Sementa lantaran tindakannya keluar dari parti bakal menyebabkan empayar angan-angannya musnah sekalip mata. Sedarkah beliau bahawa saranan tersebut bakal membuka ruang lebih mudah untuk menyediakan kerusi buat Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang akhirnya bakal diangkat sebagai Menteri Besar yang baru? Kalau ianya benar, restu ini bakal membuka lembaran baru buat rakyat di Negeri Selangor khasnya rakyat di Dun Sementa. Jika tidak, maka jangan diikutkan… Read More