‘Belaian Sakti’ Bomba Wanita

Tanpa kita perasan dan sedar, sudah ramai wanita yang terlibat dalam perkhidmatan bomba. Baru-baru ini, YBM Hajah Zuraida Kamaruddin telah mengadakan lawatan kerja ke Perak. Beliau berkesempatan melawat buat pertama kali bertemu dengan anggota Bomba wanita Perak. Peranan Bomba wanita amat penting terutamanya melibatkan sesi kaunseling kepada mangsa trauma kemalangan, melakukan latihan kebakaran khususnya kepada suri rumah serta program kesedaran awam yang lain. YBM Hajah Zuraida berhasrat untuk mempertingkatkan penglibatan wanita menyertai skuad bomba wanita selain mewujudkan pusat latihan wanita bagi perkhidmatan bomba. _PPI

KM Sarawak Sambut Mesra Menteri KPKT

29 Jun, Kuching: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Zuraida Kamaruddin melakukan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg di Dewan Undangan negeri itu, hari ini. Pertemuan penuh mesra yang berlangsung hampir satu jam itu turut membincangkan kerjasama KPKT bersama kerajaan negeri serta beberapa perkara penting yang membawa kebaikan untuk rakyat negeri Sarawak. _PPI

‘Limpahan Kesejahteraan’ di Parit Buntar dan Kuala Kurau

Ketika suasana politik negara sedang heboh dengan percakaran dalaman PH, penduduk-penduduk di Parit Buntar dan Kuala Kurau bakal mendapat ‘limpahan kesejahteraan’ pembangunan. Semalam, sebanyak RM6.5 juta peruntukan telah diluluskan oleh YBM Hajah Zuraida Kamaruddin untuk kemudahan rakyat di dua daerah tersebut. Semoga ‘limpahan kesejahteraan’ ini akan memberi anjakan ekonomi dan pembangunan buat warga Parit Buntar dan Kuala Kurau. _PPI

Khidmat Bomba Unggul Di Barisan Hadapan

Walaupun pasukan Bomba menjadi ‘sayap utama’ Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, tetapi khidmat pasukan penyelamat ini setaraf pasukan barisan hadapan lain. Terbukti pengorbanan dan khidmat pasukan ini menjadi nadi utama kepada gerakan pencarian sekumpulan pendaki haram di Bukit Tabur, Melawati, Selangor pada 23 Jun lepas. Mereka terlibat secara menyeluruh dalam operasi pencarian dan menyelamatkan para pendaki haram tersebut. Kumpulan pendaki tersebut telah berjaya diselamatkan setelah sesat beberapa jam di kawasan hutan Bukit Tabur. Tabik hormat kita berikan kepada pasukan Bomba, sebagai barisan hadapan negara untuk pelbagai situasi menyelamat. Foto utama oleh Malaysia… Read More