Merungkai Yang Tersimpul

Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya”. (HR. Muslim, lihat juga Kumpulan Hadits Arba’in An Nawawi hadits ke 36). Kesulitan dan kepayahan urusan yang dihadapi oleh sekumpulan peniaga… Read More

Adun PKR Sungai Acheh sertai PN

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Acheh, Zulkifli Ibrahim yang ternyata kecewa dengan PKR bakal menyertai parti gabungan Perikatan Nasional (PN). Katanya, beliau langsung tidak diberi peluang untuk membela diri atau membuat rayuan dan terkejut menerima surat pemecatan bertarikh 1 Julai kerana tiada alasan dinyatakan berhubung tindakan tersebut terhadapnya. Menurutnya, setakat ini beliau masih belum menyertai mana-mana parti politik, namun akan berbuat demikian dalam masa terdekat. “Dalam masa terdekat ini saya akan memilih PN kerana ada Umno, PAS, PPBM dan saya akan menyerah borang permohonan rasmi menyertai parti dalam PN di Kuala… Read More

Kita sudah buat yang terbaik – Mohd Sharim

Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Sharim Md Zain melahirkan rasa syukur setelah selesai membuang undi pada jam 9.10 pagi tadi. Mohd Sharim yang ditemani isterinya, Norhiliyana Abdul Majid berkata, beliau sudah melakukan yang terbaik untuk pengundi Chini dan kini terpulang kepada mereka untuk membuat pilihan. “Bagi saya SOP yang telah ditetapkan dipatuhi dengan sebaik mungkin dan dalam suasana yang ramai kita tidak dapat kawal tapi kita cuba untuk mematuhi segala arahan yang diberikan oleh SPR. “Kita doakan kejayaan untuk BN,” katanya selepas selesai membuang undi di Sekolah Kafa Felda Chini 3, pagi… Read More

13 pusat pengundian PRK DUN Chini dibuka jam 8 pagi ini

Semua 13 pusat pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini dibuka jam 8 pagi bagi membolehkan 20, 816 pemilih berdaftar menunaikan tanggungjawab mereka hari ini Ia melibatkan 65 saluran mengundi di beberapa buah sekolah, dewan dan balai raya. Proses pengundian akan ditutup jam 5.30 petang sebelum semua peti undi dibawa ke pusat penjumlahan undi di Dewan Institut Kemahiran Belia Negara, Paloh Hinai di sini. Seramai 156 pengundi biasa bagi PRK ini mengundi secara pos, manakala 17 pengundi dalam kalangan anggota polis mengundi melakukan pengundian awal pada 30 Jun… Read More