4 tahun untuk sektor pelancongan negara pulih

Tempoh empat tahun diperlukan untuk memulihkan sektor pelancongan negara yang terjejas teruk ekoran penularan pandemik COVID-19 sejak awal tahun ini, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Perdana Menteri berkata, unjuran Majlis Tindakan Ekonomi sebelum ini meletakkan tempoh berkenaan, iaitu satu jangka masa yang panjang memungkinkan ramai peserta industri sedia ada tiada lagi menjelang tempoh itu. Beliau berkata, ia berikutan peserta industri pelancongan sedia ada mengalami kerugian akibat situasi ketika ini. “Antara sektor yang dikatakan paling teruk terjejas adalah pelancongan. Unjuran yang dibuat oleh Majlis Tindakan Ekonomi, dikatakan untuk sektor pelancongan ini pulih seperti… Read More

Firma Bumiputera ambil bekas kakitangan AirAsia dihentikan kerja

Syarikat carian hartanah Bumiputera, Hi HOME Dotcom Sdn Bhd menawarkan peluang pekerjaan secara berperingkat kepada 30 bekas kakitangan AirAsia yang diberhentikan kerja baru-baru ini. Ketua Pegawai Eksekutif Hi HOME, Radzi Tajuddin, berkata buat permulaan, pihaknya akan mengambil 15 bekas kakitangan syarikat penerbangan itu terlebih dahulu sebelum ditambah kepada sehingga 30 orang. Katanya, antara jawatan yang akan ditawarkan termasuk sumber manusia, pembangunan perniagaan, pemasaran penjenamaan dan jualan atau duta hartanah. “Hi HOME mengambil bekas kru kabin, juruterbang, komersial dan pasukan operasi AirAsia. Ramai bakat bagus yang akan diserap ke dalam pasukan kami. “Sejujurnya,… Read More

Sesudah 100 Hari Covid-19: Kesan Positif Sanitasi Awam

Sumbangan penting yang digerakkan oleh KPKT melalui Jabatan Bomba Malaysia dalam membantu usaha kerajaan menanggani wabak Covid-19 adalah melalui operasi sanitasi awam. Menurut YBM Hajah Zuraida Kamaruddin melalui program ‘Bual Bicara, TV1 RTM pada 30 Jun 2020 lalu, lebih daripada 12,000 operasi sanitasi seluruh negara, ini memberi keyakinan kepada rakyat bahawa tempat-tempat ini bersih dan tidak terjangkit dengan wabak Covid-19. PKP bermula pada 18 Mac 2020 dan berlangsung hampir tiga bulan lebih. Ia suatu keadaan baru buat rakyat Malaysia yang telah dikerah meningkatkan disiplin diri untuk bersama membantu kerajaan memutuskan rantaian jangkitan…. Read More

Tapak Baru Urus Sisa Pepejal, Tingkat Kualiti Pengurusan.

YBM Hajah Zuraida Kamaruddin hari ini telah hadir ke Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) bagi membincangkan hal-hal pembangunan. KPKT telah menyatakan hasrat bagi pembinaan tapak pengurusan sisa pepejal yang menggunakan konsep “Waste To Energy” di Bukit Payong dan Seelong di Johor. Selain itu, satu pembinaan “Waste Park” turut akan dilaksanakan berdekatan Tanjung Langsat dengan keluasan 700 ekar. Pembinaan tapak-tapak ini adalah bertujuan bagi meningkatkan kualiti pengurusan sisa pepejal. _PPI