Sesi persekolahan kelas peperiksaan mulai 24 Jun

Kementerian Pendidikan menetapkan tarikh pembukaan semula sesi persekolahan bagi kelas peperiksaan awam adalah pada 24 Jun ini. Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Jidin, berkata sesi persekolahan itu membabitkan murid kelas peperiksaan awam iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan peperiksaan antarabangsa yang setara. Katanya, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira andaian dan nasihat daripada Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Sumber : Berita Harian

Pemimpin yang berperwatakan tenang

Dalam krisis global yang datang mengejut, krisis politik yang kelam kabut, seorang raja tenang melayan ragam politikus negara, tegas membuat keputusan membentuk ‘kerajaan beta’. Seorang perdana menteri yang muncul dalam waktu seluruh dunia perlu berkurung, dan keadaan ekonomi merundum, tanpa menyalahkan sesiapa, mengherdik sesiapa, menyindir sesiapa, beliau tenang menjalankan tugas, memberi semangat dan harapan kepada rakyat. Seorang ketua pasukan yg cekap mengendali masalah. Dengan tenang, menggalas tanggungjawab ketika negara runtuh struktur pimpinan atasan, tanpa sebarang rungutan. Beliau berani menghadapi dan memimpin pasukan untuk sentiasa kuat di lapangan, berada betul di atas landasan…. Read More

Walk The Talk, Never Walk Alone

Ini bukan slogan bolasepak tetapi Liverpool tetap bergelar juara EPL musim ini. Ini adalah kisah kesungguhan kata-kata YBM Hajah Zuraida Kamaruddin menunaikan janji-janji membantu keluarga mangsa tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. Beliau seorang yang tak suka menangguhkan sesuatu yang telah dijanjikan kepada rakyat. Ia segera mungkin diuruskan dan dilunaskan. Biar kesusahan rakyat dapat diringankan. Hati mereka tenang. Sumbangan sewa rumah selama enam (6) bulan telah disampaikan oleh wakil beliau, Saudara Hamsah Djabir. Moga berpanjangan kesejahteraan masyarakat dan usaha murni ini mendapat keredhaan Allah.

PKPB Sambung Atau Tidak, Tunggu PM Umum Hari Ini

Persoalan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilanjutkan atau tidak, dijangka diketahui hari ini menerusi perutusan khas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Pengumuman yang bakal disampaikan itu tepat pada masanya memandangkan tempoh PKPB yang bermula 4 Mei lepas akan berakhir dua hari lagi iaitu pada 9 Jun. Jika diimbas, sejak PKP dilaksanakan 18 Mac lepas dengan hanya perkhidmatan perlu dibenarkan, kerajaan kemudian memberi kelonggaran secara berperingkat kepada lebih banyak sektor ekonomi untuk beroperasi. Terbaharu adalah perkhidmatan gunting, dandanan rambut dan kecantikan yang dibenarkan beroperasi mulai 10 Jun seperti yang… Read More