Kunjungan Bomba Negeri, Kukuh Hubungan Bomba Sukarelawan

Bomba Sukarela merupakan sebahagian daripada unit masyarakat di ‘barisan hadapan’. Unit ini sebenarnya berperanan mengukuhkan semangat setiakawan dan muafakat masyarakat. Hari ini, Pengarah Bomba Negeri Sembilan, Tuan Haji Hamdan dan wakil-wakil Jabatan Bomba Negeri Sembilan bersama Penyelaras Kepada Menteri KPKT Negeri Sembilan, Rosman Jonet telah berkunjung ke Balai Bomba Sukarela Pertang di Pekan Pertang, Jelebu. Balai Bomba Sukarela Pertang mempunyai 21 anggota sukarelawan terlibat. Unit sukarelawan ini telah ditubuhkan lebih 20 tahun dulu yang bermatlamat memupuk semangat intergrasi antara kaum. Mereka turut meninjau kelengkapan balai bomba sukarelawan ini yang mempunyai sebuah jentera… Read More

Masyarakat Cina mula tolak DAP

KUALA LUMPUR – Satu persatu sikap DAP ‘dibogelkan’ selepas berada di kedudukan selesa sebagai kerajaan dahulu. Ia bukan akibat khianat daripada pihak ketiga tetapi dilakukan oleh mereka sendiri seperti didedahkan Pengerusi Biro Media Baharu MCA Pusat, Lau Chin Kok.nullnull Menurutnya, belang DAP semakin diketahui rakyat pelbagai kaum akibat kerakusannya sepanjang menjadi kerajaan Pakatan Harapan (PH) dari Mei 2018 sehingga Februari lalu. Menurut beliau, rakyat semakin hilang kepercayaan kepada kerajaan PH kerana tindak-tanduk mereka tidak seperti sebuah kerajaan yang benar-benar hendak mempertahankan hak rakyat, tetapi lebih kepada kepentingan politik masing-masing. “Masing-masing mempunyai niat… Read More

53 motosikal, 8 kereta hangus

Sebanyak 53 motosikal dan lapan kereta yang diletakkan di kawasan tempat letak kenderaan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gombak Setia, Kuala Lumpur, musnah dalam kebakaran, hari ini. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 5.05 pagi. “Seramai 24 anggota bersama empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wangsa Maju, BBP Gombak Selatan dan BBP Setapak dikejarkan ke lokasi. “Sebaik tiba, kami mendapati api sedang marak dalam kebakaran itu yang membabitkan 53 motosikal serta lapan kereta diletakkan di… Read More

Varian terbaharu COVID-19 semakin mudah berjangkit

KAJIAN saintifik terbaharu telah menemui bukti kukuh terdapat varian terbaharu virus COVID-19 dan ia telah tersebar dari Eropah ke Amerika Syarikat. Mutasi baharu itu menjadikan virus berkenaan lebih mudah berjangkit tetapi tidak memberi kesan lebih teruk kepada mereka yang dijangkiti, kata pasukan penyelidik dari Institut Imunologi La Jolla dan Konsortium Imunoterapi Koronavirus, California.null”Sekarang, inilah bentuk dominan yang menjangkiti pesakit,” kata jurucakap mereka, Erica Ollmann, kepada CNN. Kajian itu diterbitkan dalam jurnal Cell, berdasarkan beberapa kajian yang sudah dibuat pada awal tahun ini.nullPasukan itu tidak hanya membuat kajian berkaitan urutan genetik, tetapi juga… Read More