Najib, Azmin sarapan semeja

CHINI – Hari terakhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini menyaksikan dua pemimpin politik yang dahulunya seteru kini mampu duduk semeja. Dalam siri kempen ke Kampung Kuala Mentiga, Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak dikunjungi Menteri Perindustrian Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.https://2d275e77de1670ba6b8034c6416d210c.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-37/html/container.html Azmin yang tiba di Kampung Kuala Mentiga dilihat duduk bersama satu meja dengan Najib untuk bersarapan bersama. Ini kali pertama kedua-dua mereka dilihat makan semeja sejak terbentuknya kerajaan Perikatan Nasional pada Mac lalu. Untuk rekod, ini kali pertama Azmin dilihat menyokong… Read More

#Komuniti | Pupuk Kesedaran Cegah Kebakaran Suri Rumah

Ada logika di sebalik hasrat Menteri KPKT mahu memperluaskan penglibatan wanita menyertai skuad bomba. YBM Hajah Zuraida menyatakan peranan anggota bomba wanita adalah penting khususnya dalam mendekati mangsa wanita untuk tujuan kaunseling kepada mereka yang mengalami trauma akibat sesuatu insiden. Tambah beliau lagi, anggota wanita juga akan diberi tanggungjawab terhadap program kesedaran mencegah kebakaran melibatkan golongan sasar suri rumah atau mereka yang bekerja di dapur. Golongan suri rumah yang kerap bekerja dan memasak di dapur. Peranan anggota bomba wanita mampu mendidik dengan maklumat dan pengetahuan penting keselamatan di dapur. _PPI

KPKT kaji syarat ambilan anggota bomba wanita – Zuraida

MELAKA, 2 Julai  — Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan mengkaji semula syarat pengambilan anggota bomba wanita dalam usaha meningkatkan jumlahnya hingga 30 peratus daripada keseluruhan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Menterinya Zuraida Kamaruddin berkata kajian itu termasuk melonggarkan syarat pengambilan melibatkan ujian fizikal dan menempatkan mereka di bahagian pentadbiran selain melakukan kerja yang tidak berbahaya. “Kita lihat keanggotaan bomba wanita sangat berkurangan iaitu sekitar lima peratus atau 700 orang daripada jumlah keseluruhan anggota bomba di seluruh negara iaitu sebanyak 14,400 orang. “Setiap tahun sememangnya kita membuat pengambilan anggota bomba wanita namun kali… Read More

37 individu tiba di KLIA positif COVID-19

Seramai 37 daripada 8,535 individu yang menjalani ujian saringan di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejak 10 Jun lalu hingga semalam, didapati positif jangkitan COVID-19 dan sudah dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata mereka dikesan melalui saringan yang dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM) sebaik mereka tiba di KLIA. Beliau berkata, seramai 8,498 individu pula didapati negatif COVID-19 dan sedang menjalankan proses kuarantin wajib di kediaman masing-masing “Daripada jumlah berkenaan, seramai 37 individu lagi didapati positif dan sudah dihantar ke hospital untuk… Read More