Bina muka sauk di hulu sungai elak pencemaran air, Zakaria Abdul Hamid

Walaupun menerajui FINAS, sebenarnya Zakaria Abdul Hamid adalah pakar dalam bidang ‘environment & planning’. Zakaria melalui satu tulisan beliau di FB telah mengemukakan cadangan mengatasi masalah pencemaran air sungai yang berlaku di Selangor. Dalam tulisan tersebut, masalah pencemaran bekalan air mentah berpunca daripada kegagalan perancangan menempatkan muka sauk (water intake point). Zakaria telah mencadangkan penyelesaian dengan membina semula muka sauk di hulu sungai yang jauh daripada petempatan manusia dan kawasan perindustrian. Kemudian air mentah tersebut dialirkan dengan sistem saliran paip ke loji-loji rawatan air (LRA) sedia ada. Menurut Zakaria lagi, walaupun ia… Read More

Today In History: Bomb blast in KL injures eight

19 October 1973, Kuala Lumpur: A bomb explosion outside the Lincoln Cultural Centre injured seven city council workers and a passer-by. Police believed the bomb was planted among vegetables in a plastic pail outside the centre minutes before it exploded. Police did not establish a motive immediately but the centre was the target of student demonstrations a few days earlier against US involvement in Arab-Israeli war. Source: Chronicle of Malaysia

Subang Jaya diisytihar sebagai bandaraya

20 Oktober 2020, Shah Alam: Subang Jaya diisytihar sebagai bandaraya hari ini. Menteri Besar Selangor, YAB Dato’ Seri Amirudin Shari dalam kenyataan media rasmi memaklumkan perkenan oleh DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Al-Haj status Subang Jaya sebagai bandaraya dan naiktaraf Majlis Perbandaran Subang Jaya kepada Majlis Bandaraya Subang Jaya. Subang Jaya menjadi bandaraya ketiga dalam Daerah Petaling selepas Shah Alam dan Petaling Jaya. Bandaraya Subang Jaya meliputi beberapa kawasan perbandaran utama dalam Majlis Bandaraya Subang Jaya iaitu Subang Jaya, Bandar Sunway, Bandar Puchong Jaya, Bandar Kinrara, Seri Kembangan dan Sri Serdang.

Perihatin Terus Bekerja: Operasi Sanitasi Awam berterusan tanggani wabak

Taskforce Sanitasi Awam COVID-19 telah menjalankan sebanyak 10,565 operasi sanitasi yang merangkumi 136 zon iaitu 22 zon merah, 51 zon kuning dan 63 zon hijau mengikut pengkelasan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kesemua zon merah telah dilaksanakan operasi sanitasi dan operasi taskforce ini akan diteruskan di kawasan-kawasan yang diputuskan bersama oleh KKM melalui PKD. Operasi juga akan memberi keutamaan kepada lokaliti kes berdasarkan bilangan kes COVID-19 yang terkini. Setakat 18 Oktober 2020 (Ahad), 17 operasi sanitasi melibatkan 6 zon merah, 2 zon kuning dan 3 zon… Read More