Semua masjid, surau di Selangor dibenarkan solat Jumaat

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan membenarkan semua masjid dan surau dibuka untuk mendirikan solat Jumaat, berkuatkuasa 3 Julai ini. Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, berkata Sultan Selangor juga berkenan semua masjid dan surau di Selangor dibuka semula untuk mendirikan solat fardu lima waktu secara berjemaah dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan. “Sultan Sharafuddin disembah taklimat oleh Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jabatan Mufti Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dari masa ke semasa berkaitan kedudukan dan data terkini wabak COVID-19 di… Read More

Inspirasi Intelek Muda

Kejayaan Muhammad Harraz Nazhan Mohd Yusni dari Sekolah Menengah Sains Alam Shah Kuala Lumpur yang telah merangkul Anugerah Emas dan Anugerah Khas untuk projek beliau yang bertajuk “Converting Unused Wood Into Functioning Timber” dalam Asia-Pacific Conference of Young Scientist 2019 adalah suatu inspirasi oleh bakat intelek muda negara. YBM Hajah Zuraida Kamaruddin melihat kejayaan bakat muda ini perlu dicontohi oleh pelajar lain terutamanya dalam berinovasi menjadikan bahan buangan sebagai bahan yang mempunyai nilai semula. Selari dengan Dasar Kebersihan Negara dan Dasar Komuniti Negara yang dibangunkan oleh KPKT, rakyat Malaysia juga digalakkan untuk… Read More

‘Belaian Sakti’ Bomba Wanita

Tanpa kita perasan dan sedar, sudah ramai wanita yang terlibat dalam perkhidmatan bomba. Baru-baru ini, YBM Hajah Zuraida Kamaruddin telah mengadakan lawatan kerja ke Perak. Beliau berkesempatan melawat buat pertama kali bertemu dengan anggota Bomba wanita Perak. Peranan Bomba wanita amat penting terutamanya melibatkan sesi kaunseling kepada mangsa trauma kemalangan, melakukan latihan kebakaran khususnya kepada suri rumah serta program kesedaran awam yang lain. YBM Hajah Zuraida berhasrat untuk mempertingkatkan penglibatan wanita menyertai skuad bomba wanita selain mewujudkan pusat latihan wanita bagi perkhidmatan bomba. _PPI

Virus selesema baharu dikesan di China, berisiko pandemik

Para saintis di China dilapor berjaya mengenal pasti satu virus baharu yang dipercayai berpotensi menjadi pandemik. Ia susulan penemuan pada dua individu yang dilapor dijangkiti virus tersebut baru-baru ini. Menurut Jurnal PNAS, virus yang diberi nama G4 EA H1N1 ini mirip selesema babi H1N1 yang pernah melanda dunia pada tahun 2009. Setakat ini, vaksin influenza sedia ada tidak merangkumi virus G4 EA H1N1 dan manusia didapati tidak mempunyai kekebalan terhadapnya. “Adalah menjadi kebimbangan sekiranya jangkitan itu merebak dan meningkatkan risiko wabak. “Tinjauan epidemiologi mendapati kedua-dua pesakit mempunyai jiran yang memelihara babi.null”Pada masa… Read More