‘Limpahan Kesejahteraan’ di Parit Buntar dan Kuala Kurau

Ketika suasana politik negara sedang heboh dengan percakaran dalaman PH, penduduk-penduduk di Parit Buntar dan Kuala Kurau bakal mendapat ‘limpahan kesejahteraan’ pembangunan. Semalam, sebanyak RM6.5 juta peruntukan telah diluluskan oleh YBM Hajah Zuraida Kamaruddin untuk kemudahan rakyat di dua daerah tersebut. Semoga ‘limpahan kesejahteraan’ ini akan memberi anjakan ekonomi dan pembangunan buat warga Parit Buntar dan Kuala Kurau. _PPI

Wilayah Cakna| Surau Darussalam Dapat Peruntukan RM20 Ribu

Langkah kanan buat penduduk Perumahan Awam Sri Tioman 1 di Kuala Lumpur apabila sejumlah peruntukan RM20,000 untuk Surau Darussalam diluluskan oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan YBTM Dato Seri Dr Edmund Santara. Ia suatu manfaat buat penduduk-penduduk perumahan ini yang bakal menikmati hasil penambahbaikan kemudahan melalui peruntukan tersebut. _PPI

Reformasi Tak Relevan, Pengasas PKR Jelebu Keluar Parti

Hari ini jawatan kuasa pimpinan PKR Jelebu telah mengumumkan keluar parti secara beramai-ramai. Pengumuman telah berlangsung di Kampung Geylang, Pertang pagi tadi. Antara yang telah keluar adalah mantan Ketua Cabang Jelebu, Mohd Sharil Zakaria yang merupakan salah seorang pengasas PKR Jelebu pada tahun 1999 dulu. “Perjuangan reformasi PKR sudah tidak relevan, jauh daripada matlamat semasa awal dulu (1999). Sekarang perjuangan individu Anwar untuk jadi PM.” tegas Sharil. Beliau bersama seorang lagi mantan Ketua Cabang Jelebu pertama iaitu Yusoff Salleh yang turut mengumum keluar parti. “Anwar tak relevan sebagai presiden kerana gagal menyatupadukan… Read More

Rakyat Tersenyum Ke Pasaraya

Hari ini, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sudah melakukan 8,915 operasi sanitasi merangkumi 134 zon. Rakyat Malaysia masih boleh tersenyum dan berasa lega dengan usaha-usaha sanitasi awam ini. Mengikut maklumat, sebanyak 354 pasaraya telah disanitasi. Rakyat merasa senang hati masih dapat ke pasaraya untuk membeli barangan keperluan harian. Ini rahmat di sebalik kerja-kerja sanitasi awam yang memberi kelebihan kepada masyarakat. Sebelum ini, timbul kebimbangan masyarakat kepada jangkitan wabak Covid-19 di pasaraya-pasaraya. Disiplin masyarakat kita juga berada pada tahap terbaik untuk ikut dan patuh kepada tiap S.O.P kesihatan yang telah ditetapkan oleh Kementerian… Read More