Berita | Fasa peralihan ke endemik ditangguh seketika

KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan untuk memperhalusi semula langkah bagi mengumumkan fasa ‘Peralihan ke Endemik’ sehingga mendapat maklumat lanjut berhubung varian baharu COVID-19, Omicron. Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata walaupun belum ada kes membabitkan varian Omicron di Malaysia, tindakan berhati-hati perlu dilaksanakan berikutan varian itu dilaporkan sangat pantas dan mudah berjangkit. “Sebelum ini, kita memutuskan kemungkinan mengumumkan fasa ‘Peralihan ke Endemik’ namun dihentikan seketika untuk melihat perkembangan varian Omicron yang menular ke seluruh dunia. “Kita bimbang semua yang dirancang dan yang diumumkan dalam masa terdekat seperti kelonggaran, prosedur operasi standard… Read More

Berita | Ladago bantu pekebun kecil pantau penyakit, tingkat pengeluaran lada

KUALA LUMPUR, 28 NOV: Aplikasi LadaGO dan Permohonan Bantuan Secara Dalam Talian (PBSO) telah dilancarkan oleh Lembaga Lada Malaysia (MPB) sempena Program Jelajah Agrikomoditi #KeluargaMalaysia 2021. Aplikasi LadaGO merupakan satu inisiatif untuk membantu pengusaha tanaman lada dalam pengurusan masalah penyakit dan nutrien pokok lada. Ia akan menjadi saluran pengesanan awal masalah berkenaan bagi memastikan pengeluaran agrikomoditi itu yang mampan. Aplikasi LadaGO yang dibangunkan dengan kerjasama Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Swinburne University of Technology Sarawak telah merangkul anugerah Outstanding Innovation Award dan Gold Award sempena Ekspo Teknologi Malaysia (MTE) 2021 pada 25… Read More

News | PKR whitewash a ‘big slap in the face for Anwar’

AYER KEROH: The PKR wipeout at the Melaka state polls, losing all its 11 contests, is a big slap in the face for party president Anwar Ibrahim, says a political analyst. James Chin of the University of Tasmania’s Asia Institute attributed the party’s collapse to people losing faith in Anwar, being seen as the main person behind Pakatan Harapan “taking in the kataks (political frogs)”. He was referring to the decision by Anwar and Amanah president Mohamad Sabu to field two former Umno members, Idris Haron and Noor Azman Hassan. Chin described… Read More

Berita | Mekanik maut dihempap kereta

BAYAN LEPAS: Mekanik meninggal dunia selepas dihempap kereta dalam kejadian di sebuah bengkel di Jalan Bayan Lepas, Kampung Bukit, di sini, malam tadi. Mangsa, 31, disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang tiba di lokasi. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.54 malam. Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru yang diketuai Hemrizal Che Morad ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan. “Ketika tiba di lokasi, didapati mangsa dipercayai dihempap kereta yang terjatuh ketika sedang melakukan… Read More