‘Berhenti jadi pengecut, beri gambaran Dr M musuh lebih besar dari PN’

Pemimpin Amanah itu berkata demikian sebagai membidas setiausaha politik Anwar yang menyifatkan DAP dan Amanah tidak berdiri di belakang presiden PKR itu dalam soal calon PM. Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad hari ini mengecam setiausaha politik Anwar Ibrahim, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak yang mempersoalkan kesetiaan Amanah dan DAP terhadap Presiden PKR Anwar Ibrahim. Semalam, Farhash membidas DAP dan Amanah yang disifatkannya sebagai tidak berdiri di belakang Anwar dalam soal calon perdana menteri. Khalid bagaimanapun berkata, sebagai pemimpin muda, Farhash seharusnya berhenti bertindak seperti “pengecut” dan menggambarkan Mahathir sebagai musuh lebih besar… Read More

PKR wajar keluar, kata pemimpin Pemuda selepas ‘rakan PH’ desak terima ‘atuk’

PETALING JAYA: Seorang pemimpin Pemuda PKR berkata partinya wajar keluar Pakatan Harapan, dikatakan kerana “rakan PH” mendesak partinya terima Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri sekiranya gabungan itu membentuk kerajaan. Setiausaha Ahmad Syukri Abd Razab berkata rakan sama nampaknya “lebih berselera” mengangkat Mahathir daripada presidennya, Anwar Ibrahim, pilihan pertama PH sebelum ini. “Pakatan Harapan sudah tiada nilainya lagi. Mengembalikan mandat rakyat sekadar alasan. Sedangkan dalam mandat 22 bulan yang lepas tak banyak pun yang mereka buat,” katanya di Facebook. Syukri menarik perhatian kepada pembentukan Kabinet Mahathir, mengatakan mereka berdiam diri apabila… Read More

Kedudukan Semasa EPL

Berikut kedudukan semasa Liga Perdana Inggeris selepas perlawanan awal pagi tadi.

Hawk-Eye mohon maaf kepada Sheffield United

Hawk-Eye memohon maaf secara terbuka kepada Sheffield United selepas kemenangan pasukan itu ke atas Ason Villa diragut oleh teknologi garisan gol dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Villa Park awal pagi tadi. United sepatutnya berada di depan pada penghujung babak pertama apabila penjaga gol Villa, Orjan Nyland, memegang bola yang sudah melintasi garisan gol selepas berlanggar dengan rakan sepasukannya, Keinan Davis. Tiada sebarang isyarat diberikan untuk dinilai oleh pengadil, Michael Oliver, sehingga satu-satunya jaringan yang sepatutnya terhasil dalam perlawanan itu — perlawanan pertama sejak Liga Perdana Inggeris kembali bersambung selepas direhatkan berikutan… Read More