Marzuki, Akramsyah dipecat daripada jawatan Bersatu

Dua ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dipecat daripada menjawat jawatan dalam parti itu berkuat kuasa serta-merta selepas Tun Dr Mahathir Mohamad bersama empat pemimpin parti itu digugurkan keahlian mereka daripada Bersatu baru-baru ini. Kedua-duanya ialah Senator Datuk Marzuki Yahya yang dipecat daripada jawatan Ketua Badan Pimpinan Negeri (BPN) Pulau Pinang dan Akramsyah Muammar Ubaidah Sanusi sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi parti itu (lantikan). Surat pemecatan bertarikh 2 Jun itu dikeluarkan dan ditandatangani oleh Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Bagaimanapun, surat tidak menjelaskan sebab pemecatan keahlian dua ahli tersebut. Minggu lalu,… Read More

Pokok lidah jin dalam rumah boleh jejas kesihatan

Pokok lidah jin atau juga dikenali sebagai pokok lidah mentua semakin mendapat tempat di hati kaum wanita untuk dijadikan dekorasi di dalam rumah. Menurut Felo Penyelidik di Institut Penyelidikan Sebatian Semulajadi Atta-ur-Rahman (AuRIns), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Alam, Selangor itu, tanah adalah tempat paling kondusif untuk mikroorganisma bermandiri kerana kandungan bahan organik, inorganik dan mineral yang tinggi. “Sebab itu tanah tidak sepatutnya di simpan dalam rumah, apa lagi untuk individu yang lemah sistem imuniti kerana akan mudah terkesan dengan kehadiran mikroorganisma ini,” katanya kepada Bernama di sini baru-baru ini. Dr… Read More

Mayat kanak-kanak lemas ditemui

Kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang dihanyutkan arus selepas dipercayai tergelincir di Sungai Bakau di sini kelmarin ditemui lemas pagi tadi. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, mayat kanak- kanak berusia 11 tahun itu ditemui pada jam 8.57 pagi di Sungai Guntong berhampiran Tasik Puteri Kundang, kira-kira lima kilometer dari lokasi kejadian. “Saya telah mendapat pengesahan daripada pegawai di lokasi mayat mangsa ditemui di sungai tersebut. “Mayat akan dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Sementara itu, Ketua Balai Bomba Daerah Gombak, Samsol… Read More

Dua selamat, kereta terbakar dalam kemalangan

Dua lelaki berjaya dikeluarkan orang awam daripada dua buah kereta sebelum sebuah daripadanya terbakar akibat kemalangan berhampiran Jalan Kodiang, Kampung Putat, di sini, hari ini. Dalam kejadian jam 7.20 pagi tadi, kedua-dua lelaki berusia 60-an yang masing-masing memandu kereta Proton Iswara dan Proton Satria cedera di kepala dan kaki. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 7.25 pagi. Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP)… Read More