Prasekolah, TADIKA operasi 1 Julai

Kerajaan membenarkan prasekolah dan Taman Didikan Kanak-Kanak (TADIKA) dibuka sepenuhnya bermula 1 Julai ini. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata bagaimanapun operasi mereka tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. “Kita sudah bersetuju dengan SOP yang dibentangkan mengenai cadangan pembukaan prasekolah dan tadika. “SOP termasuk sewaktu pelajar datang dan pulang, mengenai cara mereka bermain dalam TADIKA, waktu makan semua lengkap, namun perincian SOP akan diumumkan Kementerian Pendidikan,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Putrajaya, hari ini. Ismail Sabri berkata, pembukaan… Read More

Polis tumpas Geng Ah Poh, Geng Handsome

Polis menumpaskan dua kumpulan sindiket pengedaran dadah dalam 15 siri serbuan selama seminggu berakhir 9 Jun lalu di sekitar Johor Bahru, Seri Alam, Kota Tinggi dan Pontian,null Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata sindiket pertama ditumpaskan dikenali Geng Ah Poh yang dianggotai 12 individu yang diketuai seorang lelaki warga Singapura berusia 43 tahun. Katanya, ketua sindiket itu membekalkan syabu seberat satu kilogram setiap dua hari kepada tokan dadah yang beroperasi di sekitar Johor Bahru, Pontian dan Plentong. “Sindiket kedua dikenali sebagai Geng Handsome diketuai seorang lelaki tempatan berusia 44… Read More

Peribadi Dr M ‘menjengkelkan’, kata kumpulan pro-Anwar

Kumpulan pro-Anwar Ibrahim mengatakan Dr Mahathir Mohamad mempunyai peribadi “menjengkelkan”, ketika mengulas cadangan supaya Pakatan Harapan memberikan semula jawatan perdana menteri kepada tokoh politik itu “untuk beberapa bulan”. Otai Reformis berkata gabungan pembangkang harus menolak pencalonan semula Mahathir sebagai perdana menteri “walaupun untuk tempoh 6 bulan”, mengatakan sekarang masanya tokoh politik itu menunaikan janjinya kepada Anwar, iaitu mengangkat presiden PKR itu sebagai perdana menteri selepas tempoh masa tertentu. “Mahathir mempunyai peribadi (character) yang ‘menjengkelkan’,” kata Setiausaha Abdul Razak Ismail kepada FMT. “Mungkin pimpinan PH mengidamkan jawatan menteri dan tanpa berfikir secara waras… Read More

Babi hutan bahayakan keselamatan penduduk

Kerajaan negeri akan menggandakan usaha membanteras babi hutan yang jumlahnya dikatakan semakin bertambah sehingga mengancam keselamatan penduduk. EXCO Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Melaka, Datuk Norhizam Hassan Baktee, berkata langkah itu susulan seorang pekerja kilang di Alor Gajah, Melaka, yang meninggal dunia selepas motosikal ditungganginya merempuh seekor babi hutan, di Kampung Brisu, pagi kelmarin. Beliau berkata, pihaknya menerusi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) negeri, akan meningkatkan pemantauan dan operasi bagi membanteras haiwan berkenaan. Katanya, setiap laporan serta aduan daripada orang ramai, akan diteliti dan diambil tindakan segera, menerusi… Read More