14 PATI cuba masuk Malaysia ditahan

MELAKA – Seramai 14 pendatang asing tanpa izin (PATI) berjaya ditahan selepas didapati cuba menyeludup masuk ke perairan negara melalui jalan tikus. Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Haris Fadzillah Abdullah berkata, mereka semua ditahan oleh National Task Force (NTF) daripada gabungan penguat kuasa APMM Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Pasukan Gerakan Am, Pegawai Perisikan Tentera dan Tim Op Merpati 1 Bridged dalam rondaan Op Benteng pada jam 11.30 pagi, semalam. ‚ÄĚKita berjaya mengesan sebuah bot fiber kelabu tanpa nombor pendaftaran sedang berapung dan bergerak… Read More

Buluh tidak akan ganti sawit sebagai komoditi utama negara

Datuk Dr. Mohamad Khairuddin Aman berkata, kementerian sedang memperkasakan lagi industri sawit dengan kajian teknologi terkini. Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi tidak berhasrat untuk menggantikan komoditi utama negara iaitu kelapa sawit dengan tanaman buluh. Menterinya, Datuk Dr. Mohamad Khairuddin Aman berkata malah, kementerian sedang memperkasakan lagi industri sawit dengan kajian teknologi terkini, memperluaskan pasaran di luar negara, mempelbagaikan produk nilai tambah makanan dan meneruskan pelbagai kajian mengenai kebaikan dan manfaat sawit kepada dunia. “Pada masa sama, kementerian sedang meneroka peluang buluh sebagai satu lagi komoditi masa depan di samping pelbagai lagi produk… Read More

Kerajaan negeri diminta pantau, buat persiapan hadapi cuaca tidak menentu – Sultan Johor

Sultan Johor juga mengakui turut memantau rapi serta mengikuti perkembangan keadaan banjir di beberapa daerah di Johor. Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar mahu kerajaan negeri serta jabatan dan agensi kerajaan termasuk pasukan keselamatan supaya memantau rapi serta membuat persiapan sepenuhnya dalam menghadapi cuaca tidak menentu di negeri ini. Baginda juga mengakui turut memantau rapi serta mengikuti perkembangan keadaan banjir yang melanda beberapa daerah di Johor sejak semalam. Dalam satu kenyataan yang dimuat naik dalam Facebook rasmi baginda Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Sultan Ibrahim bertitah supaya persediaan sepenuhnya dibuat berikutan keadaan… Read More

#InfoUmum | Senarai Perdana Menteri Malaysia

Sejak Persekutuan Tanah Melayu merdeka pada 31 Ogos 1957 dan pembentukan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963, negara ini telah mempunyai lapan orang Perdana Menteri. Berikut adalah senarai Perdana Menteri negara ini sejak 1957; 1. Tunku Abdul Rahman (1957-1970) 2. Tun Abdul Razak Hussein (1970-1976) 3. Tun Hussein Onn (1976-1981) 4. Tun Dr Mahathir Mohamad (1981-2003) 5. Tun Abdullah Ahmad Badawi (2003-2009) 6. Dato Seri Najib Razak (2009-2018) 7. Tun Dr Mahathir Mohamad (2018-2020) 8. Tan Sri Muhyiddin Yassin (2020-kini)