Berita | Covid-19: 219 positif, 16 kluster libatkan jemaah umrah

KUALA LUMPUR – Sebanyak 16 kluster Covid-19 melibatkan jemaah umrah yang pulang dari Arab Saudi telah dikesan bagi tempoh 25 November lepas hingga Selasa (11 Januari) dengan tujuh kluster daripadanya melibatkan kes indeks disahkan varian Omicron. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, enam kluster melibatkan kes indeks Presumptive Omicron (berkemungkinan) yang sedang menunggu keputusan jujukan genom penuh (WGS), dan tiga kluster melibatkan kes indeks positif Covid-19 bukan varian Omicron. Beliau berkata, punca penularan disebabkan oleh aktiviti semasa melaksanakan umrah yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kerana tiada… Read More

Berita | Bekas pengurus GLC, dua anak direman bantu kes salah guna kuasa

JOHOR BAHRU: Seorang bekas pengurus syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan dua anaknya direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes penyalahgunaan kuasa membabitkan pemberian projek bernilai lebih RM50,000. Perintah reman dikeluarkan Majistret Mohd Zulhilmi Ibrahim selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan pagi tadi. Suspek pertama berusia 61 tahun yang selesai reman bagi kes lain ditahan semula di Pejabat SPRM di sini bersama dua anak lelakinya yang masing-masing berusia 28 dan 34 tahun antara jam 4 hingga 4.30 petang semalam. Penahanan semula suspek dilaporkan bagi membantu siasatan penyalahgunaan kuasa… Read More

Berita | ‘I have nothing to hide’ – Abu Zahar sedia disiasat, serah kedudukan kepada Agong

KUALA LUMPUR: Tan Sri Abu Zahar Ujang hari ini menyatakan kesediaan disiasat mana-mana pihak atau agensi, berhubung kenyataannya mengenai pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki.Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) SPRM itu pada sidang media khas sebentar tadi turut kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan enam ahli lembaga itu, baru-baru ini. “Sukacita saya menegaskan bahawa saya bersedia untuk mana-mana pihak atau organisasi menyiasat saya pada bila-bila masa. Dan saya tak khuatir, kerana apa yang kami (buat) ialah semua benar belaka. “Sebagaimana yang telah saya tegaskan daripada… Read More

News | US man recovering after ‘breakthrough’ pig-heart transplant

A US man with terminal heart disease was implanted with a genetically modified pig heart in a first-of-its-kind surgery, and three days later the patient is doing well, his doctors reported on Monday. The surgery, performed by a team at the University of Maryland Medicine, is among the first to demonstrate the feasibility of a pig-to-human heart transplant, a field made possible by new gene editing tools. If proven successful, scientists hope pig organs could help alleviate shortages of donor organs. “This was a breakthrough surgery and brings us one step closer… Read More