Rencana | PRN Sabah: Lapangan Ujian Politik

Tahun 2020 kelihatan lebih mencapai ‘kemajuan’ politik yang jauh memadamkan nostalgia Wawasan 2020, ia sekadar menjadi impian kemajuan negara Malaysia yang telah dicetuskan oleh Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1991. Awal tahun 2020 iaitu pada 29 Febuari, politik negara beralih ke titik anjakan luarbiasa yang menambah dinamik corak siasah Malaysia Pakatan Harapan ditumbangkan, Perikatan Nasional didirikan menjadi pemerintah kerajaan Persekutuan. Penghujung bulan Julai, Dewan Undangan Negeri Sabah dibubarkan dan dilangsungkan pilihan raya mengejut (snap election) pada 26 September 2020. PRN Sabah menjadi lapangan ujikaji politik. Dinamika siasah sedang berlaku di Sabah. Tiga… Read More

Komuniti |Zuraida Tonjolkan Toleransi dan Keharmonian Masyarakat

18 Ogos, Ampang: Ogos adalah bulan kemerdekaan di Malaysia, suatu hakikat yang diketahui oleh seluruh rakyat negara ini. Singapura dan Indonesia juga meraikan hari kemerdekaan negara masing-masing juga dalam bulan Ogos. Toleransi dan keharmonian adalah modal semangat kemerdekaan. Hari ini, Hajah Zuraida Kamaruddin hadir ke Pelancaran Bulan Kemerdekaan di SJK Tamil Ampang. Majlis ini menjadi bermakna buat pihak sekolah dengan sumbangan RM50 ribu melalui Parlimen Ampang yang disampaikan oleh Hajah Zuraida. Kemudian Hajah Zuraida melawat dan menyerahkan sumbangan kepada Encik Chiwe Kiew Boon dan Encik Liew Soon Tai yang merupakan mangsa kebakaran… Read More

Komuniti |MP Saratok Salur Peruntukan Kesejahteraan Rakyat

Kesibukan urusan kerja peringkat persekutuan tidak menghalang Yang Berhormat Timbalan Menteri Ali Biju turun menyantuni rakyat di Rumah Abu Bengang, Saratok, Sarawak baru-baru ini. Beliau telah menyalurkan suntikan dana untuk kesejahteraan masyarakat setempat dengan RM35 ribu untuk membeli bahan binaan, RM20 ribu untuk JKKK dan RM6 Ribu untuk biro wanita. Dalam masa yang sama YBTM turut menyerahkan Alat Pemadam Api kepada rumah panjang tersebut. Penghargaan kepada Bomba Saratok, Jabatan Pendidikan Daerah dan IADA kerana sudi berkongsi ilmu pengetahuan kepada penduduk rumah panjang serta kepada Jabatan Penerangan dan pihak Polis Saratok yang telah… Read More

#Komuniti | Pupuk Kesedaran Cegah Kebakaran Suri Rumah

Ada logika di sebalik hasrat Menteri KPKT mahu memperluaskan penglibatan wanita menyertai skuad bomba. YBM Hajah Zuraida menyatakan peranan anggota bomba wanita adalah penting khususnya dalam mendekati mangsa wanita untuk tujuan kaunseling kepada mereka yang mengalami trauma akibat sesuatu insiden. Tambah beliau lagi, anggota wanita juga akan diberi tanggungjawab terhadap program kesedaran mencegah kebakaran melibatkan golongan sasar suri rumah atau mereka yang bekerja di dapur. Golongan suri rumah yang kerap bekerja dan memasak di dapur. Peranan anggota bomba wanita mampu mendidik dengan maklumat dan pengetahuan penting keselamatan di dapur. _PPI