Fungsi Kawali dalam masyarakat Bugis

Kawali adalah sebutan Bugis bagi senjata tangan yang dipanggil sebagai badik oleh masyarakat Melayu. Ia adalah senjata wajib ‘dimiliki’ oleh masyarakat Bugis sebagai lambang identiti. Merujuk kepada catatan ‘Fungsi Kawali dalam masyarakat Bugis’ berdasarkan Jurnal Pakarena Volume 4 No.1 (2019), Indonesia; 1. Pertama Fungsi Teknomik (Senjata Tikam) “Assigajangeng”. Kawali dengan fungsi sebagai senjata biasanya tidak mementingkan keindahan pamor, kerana adanya kepercayaan masyarakat bahawa tidak ada pamor yang membunuh “degaga pamoro pawunu”, bahkan terdapat tuturan masyarakat di Bone mengatakan bahawa “nappemmaliangngi to-bone we pake luwu”, ertinya bagi orang Bone pemali mengunakan kawali luwu…. Read More

PM lancar inisiatif ‘Microsoft Bersama Malaysia’

19 April, PUTRAJAYA: Malaysia akan bekerjasama dengan Microsoft untuk mewujudkan ekonomi digital inklusif melalui inisiatif Bersama Malaysia dalam lima tahun akan datang. Di bawah inisiatif ‘Microsoft Bersama Malaysia’ yang dilancarkan YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini, syarikat Microsoft akan melaburkan sekurang-kurangnya RM 4 bilion dalam 5 tahun bagi menubuhkan pusat data serantau pertama di Malaysia disamping membantu memperkasa sejuta rakyat Malaysia dengan kemahiran digital pada akhir tahun 2023. Melalui penubuhan pusat data serantau dan kerjasama strategik antara Microsoft bersama agensi dan pemain industri di Malaysia, inisiatif ini dijangka bakal… Read More

Istana Seri Menanti warisan senibina Melayu binaan tanpa paku

Istana Lama Seri Menanti yang terletak di Bandar Diraja Seri Menanti kini sudah berusia 119 tahun jika dihitung pada tahun dibina 1902. Ia adalah warisan senibina Melayu yang masih kekal berdiri dan dipelihara oleh Jabatan Muzium Negeri Sembilan. Istana Lama Seri Menanti adalah istana yang unik diperbuat daripada kayu. Dibina pada 1902 dan siap pada tahun 1908 kerana Istana Pulih telah dibakar oleh askar-askar Inggeris semasa mengejar Yamtuan Antah ketika berlakunya peperangan Bukit Putus. Istiadat perasmian istana ini telah dilakukan oleh DYMM Yang DiPertuan Muhammad Ibni Almarhum Yamtuan Antah. Baginda telah bersemayam… Read More

SWCorp galak penglibatan NGO dan komuniti usaha kebersihan

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) berharap lebih banyak badan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti membantu menjayakan Program Mendaya Komuniti dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara bersih. Pengerusi SWCorp Malaysia, Dr Daroyah Alwi berkata, Program Mendaya Komuniti merupakan inisiatif di bawah Dasar Kebersihan Negara dilaksana bagi mewujudkan masyarakat yang membudayakan amalan kebersihan bagi menjamin kesejahteraan hidup dan kelestarian alam sekitar. Beliau berkata, program ini dilaksanakan di kawasan komuniti melalui pendekatan daripada komuniti kepada komuniti (C2C) bagi memperkasakan komuniti untuk melaksanakan aktiviti berkaitan penjagaan kebersihan. “Malah, komuniti setempat bertanggungjawab melakukan amalan… Read More