Plastik Inovasi Baik Yang Disalahguna Manusia.

Teknologi plastik tidak dapat disangkal lagi menjadi pemacu kepada pembangunan ekonomi dunia hari ini. Tapi adakah anda tahu apa ironi paling tidak masuk akal tentang plastik sekali guna? Kita teguk air botol dan sedut kopi ais dengan straw plastik, nikmatnya cuma 3 minit, tetapi kebejatan yang ditinggalkan untuk alam sekitar akan kekal menbarah selama seribu tahun. Agenda memerangi ironi ini tidak mudah kerana plastik kini rakan karib yang sangat intim dengan kehidupan manusia. Plastik memudahkan hidup kita sehari-hari dengan sejuta cara. Ia sudah jadi satu industri agung yang menjana limpahan ekonomi dan… Read More

Info PBT: Pihak berkuasa tempatan bandaraya di Malaysia

Tahukah anda setakat ini, terdapat 14 buah bandar raya di seluruh Malaysia iaitu; Dewan / Majlis Bandaraya Negeri 1) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan 2) Majlis Bandaraya Ipoh Perak 3) Dewan Bandaraya Kuching Utara Sarawak 4) Majlis Bandaraya Kuching Selatan Sarawak 5) Majlis Bandaraya Johor Bahru Johor 6) Dewan Bandaraya Kota Kinabalu Sabah 7) Majlis Bandaraya Miri Sarawak 8) Majlis Bandaraya Alor Setar Kedah 9) Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor 10) Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Selangor 11) Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Melaka 12) Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Terengganu 13) Majlis Bandaraya… Read More

Info PBT: Jumlah PBT seluruh Malaysia

Tahukah anda jumlah PBT adalah sebanyak 149 buah PBT (termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur), iaitu 12 buah Dewan/Majlis Bandaraya (DB / MB), 39 buah Majlis Perbandaran (MP) dan 98 buah Majlis Daerah  (MD). Terkini ialah Majlis Daerah Putatan dan Majlis Daerah Pitas, Sabah. Terdapat juga beberapa badan lain yang diberi kuasa oleh Kerajaan Negeri masing-masing untuk melaksanakan fungsi-fungsi PBT seperti: PBT Kulim Hi-Tech, Perbadanan Putrajaya dan sebagainya.

PeKT Jambatan Menghubungkan Agensi Kerajaan Dengan Masyarakat.

Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) adalah suatu inisiatif yang diwujudkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bertujuan memperkasakan komuniti melalui Dasar Komuniti Negara. Idea penubuhan yang diketengahkan menterinya, YB Zuraida Kamaruddin kini telah mula memperlihatkan hasil apabila wakil-wakil PeKT yang telah dilantik mula memainkan peranan penting dalam membantu masyarakat di kawasan masing-masing. Sebagai contoh ketika masalah air melanda Negeri Selangor, Pengerusi PeKT Kuala Langat, Saudara Basuki Yusof telah terkehadapan membantu masyarakat di kawasannya dengan mengaturkan kerjasama dengan Jabatan Bomba untuk menyalurkan bantuan air bersih. Terbaru perkara sama turut berlaku di Hulu Langat… Read More