Amirudin Umpama Orang Gila Menyanyi Dalam Telanjang

Ketika ini Amirudin Shari kelihatan ‘gagah’ kerana beliau berkeyakinan kuat mempunyai sokongan padu semua 41 adun PH dan sekutu termasuk dokongan Presiden PKR, Anwar Ibrahim. Namun jangan lupa, Amirudin naik atas hasil usaha Azmin Ali. Bukan kerana dia ada karisma tersendiri. Pemilihan parti di Gombak pun Azmin tak bertanding mempertahankan jawatan ketua cabang, laluan diberikan kepada Amirudin untuk memimpin Cabang Gombak. Begitu tinggi kepercayaan Azmin terhadap Amirudin. Amirudin bukan seperti Azmin. Dia mahu membina kelainan di Selangor. Dia nak padam legasi Azmin. Atas sebab itu ada inisiatif-insiatif IPR dilupus dan distruktur semula…. Read More

Amirudin Restu Anwar MB Selangor Baru

Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Kenyataan gopoh lewat malam Dato’ Menteri Besar Selangor agar YB Dr Daroyah Alwi, Ahli Dewan Negeri (ADN) Selangor meletakkan jawatan sebagai ADN Sementa lantaran tindakannya keluar dari parti bakal menyebabkan empayar angan-angannya musnah sekalip mata. Sedarkah beliau bahawa saranan tersebut bakal membuka ruang lebih mudah untuk menyediakan kerusi buat Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang akhirnya bakal diangkat sebagai Menteri Besar yang baru? Kalau ianya benar, restu ini bakal membuka lembaran baru buat rakyat di Negeri Selangor khasnya rakyat di Dun Sementa. Jika tidak, maka jangan diikutkan… Read More

Kosongkan DUN Sementa untuk Anwar atau Rafizi?

Pemuda Negara Kapar terkesima dengan pandangan Datuk Seri Amirudin Shari supaya Dr Daroyah Alwi meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Sementa ekoran keputusan beliau untuk meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Ameer Asshafif yang mempersoalkan cadangan tersebut bertanya, adakah saranan Menteri Besar Selangor itu bertujuan untuk menyediakan kerusi DUN Sementa untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Rafizi Ramli. ”Ini kerana, kami yakin kepimpinan dan akar umbi PKR masih melihat YAB Amirudin Shari sebagai ‘kartel Azmin’. Datuk Seri Amirudin Shari in’ yang hanya ‘berlakon setia’ semata-mata untuk mengekalkan kerusi empuk Menteri Besar Selangor…. Read More

Remaja umur 18 tahun tidak boleh jadi calon di DUN Chini

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak membenarkan mana-mana individu berusia 18 tahun menjadi calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, Pahang yang dijadualkan berlangsung pada 4 Julai hadapan. Pengerusinya, Datuk Azhar Azizan Harun berkata, larangan itu dikuatkuasakan susulan pewartaan undang-undang membenarkan individu berusia 18 tahun untuk menjadi calon pilihan raya tertakluk di peringkat kerusi Parlimen Sumber : Sinar Harian