Rencana |Kekal Semangat Di Bawah Bayu

Kedatangan Azmin dan Zuraida ke Negeri Di Bawah Bayu kali ini mendapat perhatian khusus pelbagai pihak termasuk ‘musuh politik’. Musuh-musuh politik melancarkan serangan melalui cytroo lebih kepada gangguan mencemar imej Azmin dan Zuraida tanpa berani berhujah fakta. Setakat ini tahap serangan cytroo upahan hanya berupaya mencaci dan maki hamun dengan tujuan menarik perhatian masyarakat kepada isu tak relevan. Namun hal ini tidak dipedulikan oleh Azmin dan Zuraida kerana mereka memahami orang politik akan ada ‘haters’ atau pembenci tegar. Kedua-duanya terus fokus melaksanakan peranan kepimpinan. Berbeza dengan PKR, naratif Azmin dan Zuraida lebih… Read More

Video |17 Ogos 2020 Penentuan DUN Sabah Boleh Diadili

Sumber dari Bernama

17 Ogos untuk putuskan sama ada pembubaran DUN Sabah boleh diadili

07/08/2020 02:43 PM KOTA KINABALU, 7 Ogos  — Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 17 Ogos ini untuk menentukan sama ada keputusan Yang Dipertua Sabah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini boleh diadili, iaitu boleh dibicarakan di mahkamah.  Pesuruhjaya Kehakiman Leonard David Shim menetapkan tarikh itu selepas mendengar permohonan kebenaran untuk semakan kehakiman terhadap keputusan membubarkan DUN Sabah.  Perkara itu dibawa ke mahkamah oleh Tengku Fuad Ahmad, peguam bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman dan 32 lagi ahli DUN yang memohon kebenaran mahkamah untuk semakan kehakiman. Bercakap kepada pemberita selepas itu, Tengku Fuad berkata… Read More

Lim Guan Eng keluar dari ibu pejabat SPRM bagi hadapi pertuduhan di Mahkamah KL

07/08/2020 10:01 AM PUTRAJAYA, 7 Ogos – Kenderaan yang dipercayai dinaiki bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng dilihat keluar dari Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini kira-kira 8.30 pagi tadi untuk membawa beliau ke mahkamah bagi menghadapi pendakwaan berhubung kes rasuah projek terowong dasar laut di Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion. Kenderaan Proton SUV X70 yang dinaiki Lim diiringi kereta peronda polis dan motosikal pengiring. Petugas media berkumpul seawal 7 pagi bagi mengikuti perkembangan kes Lim yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu. Lim ditahan SPRM kira-kira 9.30 malam… Read More