Kes rasuah RM2 juta: Mahkamah batalkan sabitan bersalah Ku Nan

Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan sabitan bersalah terhadap bekas Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor dalam kes rasuah berjumlah RM2 juta. Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Tengku Adnan dalam prosiding hari ini. Keputusan majoriti dibuat oleh pengerusi Suraya Othman dan Ahmad Nasfy Yasin, yang memutuskan RM2 juta yang diterima Tengku Adnan adalah sumbangan politik untuk dua pilihan raya kecil (PRK). Seorang lagi panel, hakim Abu Bakar Jais pula membuat keputusan menolak permohonan itu. Pada 21 Disember lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan ahli parlimen Putrajaya itu bersalah menerima rasuah sebanyak RM2… Read More

Syed Saddiq hanya mohon agihan bantuan rumah ke rumah

JOHOR BAHRU- Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak mengemukakan sebarang permohonan untuk membuat agihan berpusat di Pejabat Parlimen Muar, sebaliknya hanya membuat permohonan agihan barangan keperluan dari rumah ke rumah. Susulan itu, program agihan bantuan makanan yang dijalankannya diminta untuk dihentikan kerana tidak mendapat kebenaran daripada Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Muar. Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, Syed Saddiq hanya diberi kebenaran untuk membuat agihan barangan keperluan dari rumah ke rumah dan bukannya secara agihan di Pejabat Parlimen Muar. “Tindakan untuk menghentikan program serahan… Read More

Lawatan Azmin ke Hagia Sophia, Turkey Local Guides mohon maaf

SHAH ALAM – Turkey Local Guides memohon maaf atas hantaran di Facebooknya yang membawa Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengunjungi Hagia Sophia bersama keluarganya. Menurutnya, lawatan yang diadakan tersebut adalah lawatan rasmi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). “Saya memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia. Saya telah membuat kesilapan maklumat tentang pelanggan kami. “Ia merupakan lawatan rasmi daripada MITI. Lawatan ini merupakan sebahagian program yang diatur oleh kerajaan Turki. Kami bawa ke sana (Hagia Sophia) untuk menunaikan solat Asar,” katanya pada Isnin. Hantaran di Facebook itu sebelum… Read More

Permohonan Najib ditolak berkaitan dokumen 1MDB babitkan Zeti Aziz

Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak bagi mendapatkan dokumen 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berhubung pembabitan anggota keluarga bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.