Walk The Talk, Never Walk Alone

Ini bukan slogan bolasepak tetapi Liverpool tetap bergelar juara EPL musim ini. Ini adalah kisah kesungguhan kata-kata YBM Hajah Zuraida Kamaruddin menunaikan janji-janji membantu keluarga mangsa tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. Beliau seorang yang tak suka menangguhkan sesuatu yang telah dijanjikan kepada rakyat. Ia segera mungkin diuruskan dan dilunaskan. Biar kesusahan rakyat dapat diringankan. Hati mereka tenang. Sumbangan sewa rumah selama enam (6) bulan telah disampaikan oleh wakil beliau, Saudara Hamsah Djabir. Moga berpanjangan kesejahteraan masyarakat dan usaha murni ini mendapat keredhaan Allah.

TIGA ISU UTAMA MEMBABITKAN LIM GUAN ENG DAN TOMMY THOMAS

Saya baru berkesempatan meneliti surat rasmi Tan Sri Tommy Thomas yang merupakan Peguam Negara (waktu itu) kepada Lim Guan Eng yang merupakan Menteri Kewangan (waktu itu) yang ditularkan dalam media sosial semalam. Penelitian ke atas surat bertarikh 14 Jun 2019 tersebut menunjukkan bahawa: (1) Lim Guan Eng memang ada membuat permohonan rasmi kepada Tan Sri Tommy Thomas pada 31 Mei 2019 supaya wang dalam akaun-akaun bank milik Tan Sri Dato’ Lim Soon Peng yang dibekukan oleh SPRM dilepaskan. Ini terbukti melalui tajuk surat Tan Sri Tommy Thomas kepada Lim Guan Eng yang… Read More

Timbalan Menteri Kerja Raya letak jawatan

Datuk Dr Shahrudin Md Salleh mengumumkan peletakkan jawatannya sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya berkuatkuasa hari ini. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi, Shahrudin menegaskan beliau telah melakukan tindakan politik yang kurang tepat dengan menyertai kerajaan Perikatan Nasional (PN). “Saya seharusnya meletakkan keutamaan dengan membuat pertimbangan bahawa pengundi- pengundi di Parlimen Sri Gading P149 telah memilih parti Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). “Sebagai langkah awal bagi saya membetulkan kesilapan ini, maka saya dengan ini meletak jawatan kerana saya dilantik ke jawatan ini oleh Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin… Read More

“SYED SADIQ BUKAN LAGI AHLI BERSATU”

1. Susulan Sidang Media YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada 31 Mei 2020 bertujuan untuk mengelirukan ahli parti, ahli Armada, melakukan penyamaran, salah guna kuasa dan berniat jahat. 2. YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bukan lagi ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) boleh didakwa di bawah Akta Pertubuhan 1966. Ini setelah merujuk kepada pemakluman bertarikh 28 Mei 2020 mengenai kedudukan keahlian sebagai Ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dibawah Fasal 10.2.2 dan 10.2.3 perlembagaan parti. 3. ARMADA dan SRIKANDI Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di peringkat Negeri/Pusat menyatakan pendirian, mengiktiraf… Read More