Kunjungan Menteri Perkukuh Kerjasama Kerajaan Negeri Kedah dengan KPKT

6 September, Alor Setar: Hari ini berlangsung kunjungan hormat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Zuraida Kamaruddin ke atas Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor bersama delegasi KPKT di Wisma Darul Aman. Pertemua antara kedua-dua telah membincangkan beberapa perkara termasuk perancangan pembangunan di Kedah meliputi pembangunan perumahan, pengurusan sisa pepejal serta peningkatan aktiviti ekonomi setempat. Terdahulu, YB Zuraida telah melakukan lawatan turun padang ke daerah iaitu Sungai Petani, Sik dan Pendang bagi melihat sendiri perancangan dan permasalahan daripada penduduk setempat. _PPI

Teori Kamal Hatta: Isu air di Selangor ibarat ‘api dalam sekam’

Kadangkala tuhan nak tunjuk hikmah di sebalik kejadian. Kelmarin (3 September) sebahagian kawasan di Kelang, Petaling, Hulu Selangor dan Gombak hampir lumpuh kegiatan ekonomi kerana gangguan bekalan air. Aku bukan nak politikkan hal ni tapi yang ramai orang berang sebab punca pencemaran air sungai berpunca daripada sebuah kilang di Rawang. Aku dikhabarkan yang kilang ni sudah pernah kena saman atas kesalahan sama! Wow…kilang ni buat lagi kesalahan sama. Kau orang rasa siapa patut dipersalahkan? Kerajaan negeri Selangor, PBT atau Air Selangor. Air Selangor sebagai syarikat bertanggungjawab urus selia hal berkaitan sudah menjalankan… Read More

Merdeka Center: Perikatan Nasional Pilihan Popular

Tinjauan terbaru menunjukkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mendapat sokongan memberangsangkan. Menurut tinjauan badan penyelidik Merdeka Centre mendapati kadar penerimaan terhadap kepimpinan presiden Bersatu itu berada pada tahap 69 peratus. Tinjauan juga mendapati Perikatan Nasional (PN) lebih diterima umum berbanding Muafakat Nasional (MN) atau BN. Majoriti responden Melayu menyokong Umno dan PAS menyertai PN. Berkenaan keputusan bersalah yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ke atas bekas perdana menteri Najib Razak dalam kes SRC International Sdn Bhd pula, 61 peratus responden bersetuju manakala 18 peratus tidak bersetuju dengan keputusan berkenaan. Daripada jumlah itu, Merdeka… Read More

Rencana |PRN Sabah penentu kelangsungan politik Shafie Afdal

Selepas anjakan luarbiasa politik tanahair yang berlaku dalam PRU-14 9 Mei 2018, Sabah menjadi negeri yang berada dalam ‘darjah kehangatan’ politik sesudah PH ditumbangkan pada 29 Febuari lalu. Kesan perubahan drastik politik nasional pada 29 Febuari 2020, beberapa kerajaan negeri yang diperintah oleh PH turut tumbang dan bertukar tampuk kuasa oleh Perikatan Nasional di Perak, Johor, Melaka, Perak dan Kedah. PH masih bertahan di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan. Tekanan luarbiasa turut dilalui oleh pemerintah kerajaan negeri Sabah, Parti Warisan Sabah bersama sekutunya UPKO dan PH yang secara hakikatnya telah dirampas… Read More