Remaja umur 18 tahun tidak boleh jadi calon di DUN Chini

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak membenarkan mana-mana individu berusia 18 tahun menjadi calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, Pahang yang dijadualkan berlangsung pada 4 Julai hadapan. Pengerusinya, Datuk Azhar Azizan Harun berkata, larangan itu dikuatkuasakan susulan pewartaan undang-undang membenarkan individu berusia 18 tahun untuk menjadi calon pilihan raya tertakluk di peringkat kerusi Parlimen Sumber : Sinar Harian

Marzuki, Akramsyah dipecat daripada jawatan Bersatu

Dua ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dipecat daripada menjawat jawatan dalam parti itu berkuat kuasa serta-merta selepas Tun Dr Mahathir Mohamad bersama empat pemimpin parti itu digugurkan keahlian mereka daripada Bersatu baru-baru ini. Kedua-duanya ialah Senator Datuk Marzuki Yahya yang dipecat daripada jawatan Ketua Badan Pimpinan Negeri (BPN) Pulau Pinang dan Akramsyah Muammar Ubaidah Sanusi sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi parti itu (lantikan). Surat pemecatan bertarikh 2 Jun itu dikeluarkan dan ditandatangani oleh Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Bagaimanapun, surat tidak menjelaskan sebab pemecatan keahlian dua ahli tersebut. Minggu lalu,… Read More

Daroyah perlu kosongkan kerusi DUN Sementa, gesa Amirudin

Pengerusi PKR Selangor Amirudin Shari menggesa bekas timbalan ketua wanita parti itu, Dr Daroyah Alwi untuk mengosongkan kerusi DUN Sementa yang disandangnya. Ini selepas Daroyah, yang juga merupakan bekas ketua Wanita PKR Selangor mengumumkan keluar dari parti itu dan melepaskan jawatan timbalan speaker DUN Selangor. “Susulan peletakan jawatan beliau, saya menggesa Dr Daroyah untuk segera meletak jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri Sementa sekiranya masih bermaruah,” katanya pada suatu kenyataan malam tadi. Amirudin juga menyifatkan tindakan Daroyah  keluar PKR sebagai pengkhianatan terhadap mandat rakyat yang telah mengundi PH pada PRU14 lalu. “Saya mengecam sekeras-kerasnya tindakan Adun… Read More

Timbalan Speaker Selangor umum keluar PKR

Timbalan Ketua Wanita PKR Pusat, Dr Daroyah Alwi, mengumumkan keluar daripada parti itu, berkuat kuasa hari ini. Dr Daroyah yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa, itu turut meletakkan jawatan sebagai orang nombor dua dalam sayap wanita parti itu. “Keputusan ini dibuat kerana saya hilang keyakinan terhadap presiden dan parti yang alpa dengan perjuangan dan hala tuju,” katanya pada sidang media di sebuah hotel di sini, petang ini. Dr Daroyah yang juga Ketua Wanita PKR Selangor, berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kepemimpinan… Read More