Isu sempadan Wilayah Persekutuan – Selangor ambil tempoh lama

KUALA LUMPUR – Proses penyelesaian sempadan Wilayah Persekutuan – Selangor dijangka akan mengambil masa yang lama untuk diselesaikan. Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shanthara Kumar berkata, ini kerana ia melibatkan kerja-kerja pengukuran dan penandaan persempadanan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem) serta proses susulan lain masih perlu dilakukan secara berperingkat. Selain itu katanya, terdapat beberapa isu teknikal yang perlu diselesaikan berikutan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan (PPTGWP) telah dipindahkan dari Jabatan Perdana Menteri (JPM) ke Kementerian Wilayah Persekutuan. “Isu tersebut yang perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum tindakan… Read More

Berita Ringkas: Hari Mengundi Awal PRK N58 Slim

Hari ini, 25 Ogos 2020 proses pengundian bagi pemilih awal PRK N58 Slim berlangsung yang melibatkan 267 orang pemilih. Statistik Keluar Mengundi Awal Bagi Pilihan Raya Kecil N.58 SLIM pada jam 10.00 pagi : Peratus Keseluruhan : 33% Sumber: SPR

#video “Kesetiaan Anak Sarawak Kekal Kepada Malaysia”, Ali Biju

Berita Ringkas |Kuarantin: Menteri Tidak Terkecuali

Kerajaan mengambil maklum dan memandang serius perbuatan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali didakwa melanggar perintah kuarantin selepas pulang dari Turki, 7 Julai lalu. Justeru, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan menyeluruh dan mengambil tindakan sewajarnya mengikut proses undang-undang. https://www.bernama.com/bm/news.php?id=1873113