#video Menteri Kewangan Dedah LGE Luluskan RM6.1 bilion Projek Rundingan Terus!

Tak kejar jawatan, dahulukan kepentingan rakyat dan negara – Azmin Ali

KUALA LUMPUR, 24 Ogos — Tanggungjawab meletakkan kepentingan rakyat dan negara sebagai agenda utama adalah lebih penting daripada mengejar jawatan, kata Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Beliau yang juga Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata tanggungjawab tersebut termasuklah mewujudkan kestabilan politik dan kerajaan, sekali gus membantu mengukuhkan ekonomi negara dan sistem perkhidmatan kepada rakyat. https://www.bernama.com/bm/politik/news.php?id=1872977

Berita Ringkas |Mohd Sharim Angkat Sumpah Sebagai Adun Chini

Mohd Sharim, 41, hari ini rasmi menjadi ADUN Chini. Beliau yang merupakan generasi kedua Felda Chini, Pekan dekat sini, mengangkat sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negeri Pahang Datuk Seri Ishak Muhammad.

Rencana |Penyertaan Blok Azmin Kukuhkan Bersatu & Perikatan Nasional

Sebenarnya Azmin Ali mempunyai beberapa pilihan untuk gerakan politik selepas disingkirkan dari PKR. Antara pilihan yang diperkatakan umum adalah menubuhkan sebuah parti baharu atau menjadi ahli Perikatan Nasional (direct member) atau menyertai mana-mana parti komponen Perikatan Nasional. Azmin tidak memilih untuk menubuhkan sebuah parti baharu atas beberapa faktor iaitu keperluan dana kewangan yang besar bagi menguruskan organisasi baru, realiti jangka masa signifikan bagi memperkenal dan mempromosi entiti politik baru. Pilihan yang ini tidaklah menyukarkan Azmin untuk menzahirkannya, namun ia bukan pilihan strategik waktu singkat ini. Perikatan Nasional pula setakat ini masih menjalankan… Read More