Teori Kamal Hatta: PKR dibuai keangkuhan

Aku tak mau cerita panjang pasal Reformasi 1998. Benda yang diulang-ulang sampai orang ramai dah tepu otak tak peduli. Ada macai-macai PKR dibuai keangkuhan kerana mereka berkeyakinan tinggi PKR akan kukuh kuat di bawah Anwar dan parti bersih daripada ‘kartel’. Mereka memainkan sentimen politik PKR era 2004 pada penggal ke-11 dulu yang hanya tinggal satu kerusi parlimen iaitu Permatang Pauh. Aku nak sebut mereka ini bodoh membaca jangkaan politik sekiranya berpegang kepada sejarah 2004 itu. PKR waktu itu tak sama dengan PKR sekarang. Penyokong dan pentaksub PKR mengeji dan menyindir sial kawan-kawan… Read More

PKR Pecat Tiga Adun

PKR telah memecat empat pemimpin yang dikaitkan dengan bekas timbalan presiden Azmin Ali. Mereka ialah ketua Wanita PKR Haniza Talha merangkap Adun Lembah Jaya, ketua wanita Pulau Pinang Nur Zarina Zakaria, dua Adun Pulau Pinang Dr Afif Bahardin (Seberang Jaya) dan Zulkifli Ibrahim (Sungai Acheh). Keputusan dibuat oleh Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR yang bermesyuarat semalam (28 Jun 2020). _PPI

Reformasi Tak Relevan, Pengasas PKR Jelebu Keluar Parti

Hari ini jawatan kuasa pimpinan PKR Jelebu telah mengumumkan keluar parti secara beramai-ramai. Pengumuman telah berlangsung di Kampung Geylang, Pertang pagi tadi. Antara yang telah keluar adalah mantan Ketua Cabang Jelebu, Mohd Sharil Zakaria yang merupakan salah seorang pengasas PKR Jelebu pada tahun 1999 dulu. “Perjuangan reformasi PKR sudah tidak relevan, jauh daripada matlamat semasa awal dulu (1999). Sekarang perjuangan individu Anwar untuk jadi PM.” tegas Sharil. Beliau bersama seorang lagi mantan Ketua Cabang Jelebu pertama iaitu Yusoff Salleh yang turut mengumum keluar parti. “Anwar tak relevan sebagai presiden kerana gagal menyatupadukan… Read More

25 AJK PKR Saratok umum keluar parti, hilang kepercayaan kepada Anwar

PETALING JAYA: 25 ahli jawatankuasa (AJK) PKR bahagian Saratok, Sarawak, hari ini mengumumkan meletak jawatan dan keluar parti berkuat kuasa serta-merta kerana hilang kepercayaan kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim. 25 AJK berkenaan berkata, PKR pada masa ini seolah-olah tidak mempunyai hala tuju dan hanya berusaha untuk memenuhi impian peribadi Anwar untuk menjawat tugas sebagai perdana menteri. “Kami berasa kecewa kerana parti seolah-olah lebih mementingkan impian peribadi presiden untuk menjawat jawatan perdana menteri, bukannya untuk memperjuangkan agenda reformasi seperti yang sentiasa dilaung-laungkan selama ini. “Jauh di sudut hati, kami bertanya, adakah agenda reformasi… Read More