Pandelela layak ke final

Kuala Lumpur: Ratu terjun negara, Pandelela Rinong terus menghidupkan peluang untuk memburu pingat di Olimpik Tokyo apabila layak ke final acara 10 meter (m) platform individu wanita, petang ini. Penerjun berusia 28 tahun itu melakukannya selepas muncul 12 penerjun terbaik daripada 18 yang bertanding pada aksi separuh akhir sebentar tadi. Pandelela menduduki tempat ketujuh selepas mengumpul 315.75 mata selepas lima terjunan di Pusat Akuatik Tokyo. Prestasinya dilihat lebih meyakinkan berbanding aksi pusingan awal semalam apabila menduduki tempat ke-18, kedudukan terakhir untuk layak ke separuh akhir. Dua penerjun China, Quan Hongchan dan Chen… Read More
OLIMPIK: Azmin beri semangat tambahan kepada Jijoe

KUALA LUMPUR: Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang mendapat suntikan menjelang kayuhan di Tokyo 2020 apabila mendapat kata-kata semangat daripada Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Menerusi video yang dimuat naik di Facebook Azmin malam kelmarin, menteri itu menjelaskan harapan tinggi diletakkan oleh seluruh rakyat Malaysia untuk melihat pasukan berbasikal negara meraih kejayaan di Tokyo. “Saya yakin dengan latihan yang sudah dijalani dan juga rakan-rakan di sana, Insya-Allah kita sekali lagi dapat mencatat kejayaan yang cemerlang. “Selamat maju jaya kepada Datuk (Azizulhasni), saudara Shah, rakan-rakan dan… Read More
OLIMPIK: Mei Kuan-Meng Yean tutup tirai dengan kemenangan

KUALA LUMPUR: Beregu wanita negara, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean menutup tirai saingan Kumpulan A pada Sukan Olimpik 2020 di Tokyo sebentar tadi, dengan kemenangan ke atas gandingan Great Britain, Chloe Birch-Lauren Smith dengan keputusan 21-19, 21-16. Beraksi di Musashino Forest Sport Plaza, Mei Kuan-Meng Yean mudah mengatasi lawannya itu dalam tempoh 44 minit, namun langkah mereka terhenti untuk ke suku akhir selepas berada di tangga ketiga keseluruhan. Gandingan Indonesia, Greysia Polii-Apriyani Rahayu dan wakil tuan rumah, Sayaka Hirota-Yuki Fukushima menempah slot ke suku akhir selepas masing-masing mengungguli kelompok dua teratas kumpulan…. Read More
EURO 2020 : Itali juara

LONDON: Itali menjuarai Euro 2020 selepas menewaskan England menerusi sepakan penentuan 3-2 pada aksi final di Wembley, di sini, sebentar tadi. Sepakan penentuan terpaksa dilakukan susulan kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas masa tambahan. Terdahulu England memperoleh gol pertama menerusi Luke Shaw pada minit kedua, sebelum disamakan pertahanan Itali, Leonardo Bonucci minit ke-67. Keputusan: Italy 1 (Bonucci 67) England 1 (Shaw 2)null *Itali menang 3-2 selepas sepakan penentuan Senarai pemenang Euro: 2020: Itali 2016: Portugal 2012: Sepanyol 2008: Sepanyol 2004: Greece 2000: Perancis 1996: Jerman 1992: Denmark 1988: Belanda 1984: Perancis 1980: Jerman… Read More